Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

92 | jpa2019 Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2019 telah diadakan dengan jayanya pada 29 April 2019 (Isnin) bertempat di Perdana Ballroom, Hotel Palm Garden, IOI Resort City, Putrajaya. Persidangan yang menghimpunkan wakil-wakil dari Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri ini merupakan program tahunan yang dianjurkan Bahagian Saraan, JPA bertujuan untuk membentangkan prestasi keaktifan dan penyelesaian isu bagi penganjuran Mesyuarat MBJ di agensi-agensi. Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Pengarah Bahagian Saraan. The 2019 Federal and State Department Joint Council (MBJ) Conference was successfully held on April 29, 2019 (Monday) at the Prime Ballroom, Hotel Palm Garden, IOI Resort City, Putrajaya. The conference, which brings together representatives from the Ministries and State Governments, is an annual program organised by the Remuneration Division, JPA, aimed to table the turnouts and resolve issues for organising MBJ meetings in agencies. The opening of this conference was officiated by YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Director of Remuneration Division. Di dalam persidangan ini, wakil-wakil Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri telah disarankan untuk sentiasa memelihara dan mengekalkan hubungan baik di antara pihak majikan dan pekerja selain memastikan permasalahan yang dibangkitkan sewaktu mesyuarat MBJ ditangani secara berkesan dan segera. Ini bagi mewujudkan suasana positif yang memberi manfaat kepada Jabatan yang akhirnya boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti dan prestasi perkhidmatan awam. During this conference, representatives of the Ministry and State Governments were encouraged to uphold and maintain good working relationships between employers and employees while ensuring that issues raised during the MBJ meetings were effectively and promptly addressed. This is to create a positive environment that benefits the Department which ultimately contributes to improving the quality and performance of the public service. Persidangan MBJ 2019 turut dimanfaatkan dengan sesi perkongsian ilmu mengenai Amalan Terbaik Pengurusan MBJ oleh Encik Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Puan Hajah Azizah binti Lockman, Ketua Unit Sumber Manusia Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mewakili agensi masing-masing. The 2019 MBJ Conference saw a knowledge-sharing session on MBJ Management Best Practices by Mr. Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Secretary of the Ipoh City Council (MBI) and Mrs Hajah Azizah binti Lockman, Malaysian PalmOil Board (MPOB) Head of Human Resource Unit, which they were representing their departments respectively. Selain daripada itu, program senaman ringan atau X-Break turut diselitkan di samping taklimat mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 (PP 5/2019) bertajuk Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh Encik Mohd Zuhaidy bin A. Rahman dari Bahagian Saraan, JPA. Sesi perkongsian ilmu yang diadakan adalah sebagai nilai tambah kepada ahli-ahli mesyuarat yang hadir. In addition, a lightweight exercise programme or X-Break was also included in addition to a briefing on Circular Service 5 of 2019 (PP 5/2019) entitled Flexible Working Hours (WBF) at the Federal Government Agency presented by Mr. Mohd Zuhaidy bin A. Rahman from the Remuneration Division, JPA. The knowledge sharing sessions added more value for the participants in attendance. 3. PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI TAHUN 2019 2019 FEDERAL AND STATE DEPARTMENT JOINT COUNCIL CONFERENCE

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy