Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

jpa2019 | 77 Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) yang telah julung-julung kalinya diadakan pada 4-5 September 2019 merupakan salah satu daripada perancangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam menerapkan perkhidmatan pengurusan sumber manusia sektor awam terbaik dan merupakan satu initiatif membentuk pengurus serta personel sumber manusia yang cekap. Segala pengisian program yang dirancang dan dilaksanakan di dalam Persidangan HRMC 2019 ini berteraskan kepada pengurusan sumber manusia terkini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara. Tema bagi Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2019 adalah “Pengurusan Sumber Manusia Baharu Untuk Prestasi Masa Hadapan”. The first ever Public Sector Human Resource Management Conference (HRMC) held on September 4-5, 2019 is part of the plans of Public Service Department (JPA) to nurture the best public sector human resource management services and is an initiative to shape efficient human resource managers and personnel. All of the programmes planned and implemented at the HRMC 2019 are based on the latest human resource management trends in providing the best service to the country. The theme for the Public Sector Human Resource Management Conference 2019 is “New Human Resource Management for Future Performance”. Persidangan ini merupakan platform bagi pengurus dan pegawai yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian / Agensi Kerajaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan perkembangan dan pembangunan terkini pengurusan sumber manusia di sektor awam. Program ini amat signifikan dalam usaha meningkatkan pengurusan bakat (talent management) perkhidmatan awam dan memacu malaysia sebagai sebuah negara yang berkaliber. Objektif HRMC 2019 adalah: The conference is a platform for managers and officials involved in human resource management at the Ministry / Government Agency to learn more about the latest developments of human resource management in the public sector. The programme is very important in enhancing public service talent management and driving malaysia as a nation of prestige. The objectives of HRMC 2019 are: i. Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai pengurusan sumber manusia sektor awam di kalangan pengurus dan personel sumber manusia Kementerian / Jabatan; Increase knowledge and exposure on public sector human resource management among Ministry / Department human resource managers and personnel; ii. Menerapkan perkongsian kepakaran dalam pengurusan sumber manusia dan kepakaran pakar bidang khusus sektor awam; Nurture the sharing of expertise in human resource management and specialists’ expertise especially in public sector; iii. Memupuk kesedaran kepada para pengurus dan personel sumber manusia tentang isu-isu yang sering dihadapi oleh sektor awam dan cabaran dalam pengurusan sumber manusia; dan Develop awareness among managers and human resources personnel on issues that are often faced by the public sector and challenges in human resource management; and iv. Mengiktiraf Human Resources Champion (HRC) dan membangunkan pengetahuan HRC yang dilantik bagi jabatan / agensi sektor awam. Recognises Human Resources Champion (HRC) and develops HRC knowledge designated for public sector departments / agencies. Secara umumnya seramai 1070 orang peserta bagi hari pertama dan 1151 orang peserta bagi hari kedua telah memohon untuk menyertai persidangan HRMC 2019 ini. In total, 1070 participants for the first day and 1151 participants for the second day attended for the HRMC 2019 conference. Sesi Townhall Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Sesi Townhall KPPA) dimulakan dengan Ucapan Aluan dan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM PUBLIC SECTOR HUMAN RESOURCE MANAGEMENT CONFERENCE (HRMC) BAHA G I AN P E RKH I DMA TAN ( BK )

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy