Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

70 | jpa2019 Kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah memulakan penyediaan pelan pembangunan pasca 2020 termasuk RMK-12. Pelan pembangunan ini merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang akan berakhir pada penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ke-11. Ia juga adalah merupakan sebuah dasar sosioekonomi jangka panjang baharu yang dirangka dengan tema “Ke Arah Malaysia Makmur” yang berlandaskan tiga (3) dimensi iaitu ekonomi, alam sekitar serta sosial dan keterangkuman. Arahan penyediaan Pelan Pembangunan Pasca 2020 dan RMK-12 telah dikeluarkan oleh Pejabat YBhg. KSN melalui surat bertarikh 16 April 2019. The Government through the Ministry of Economic Affairs (MEA) has begun the preparation of a post 2020 development plan which includes the 12MP. This development plan is a continuation of Vision 2020 that will come to an end at the end of the 11th Malaysia Plan. It is also a new long-term socioeconomic policy designed with the theme “Towards a Prosperous Malaysia” based on three (3) dimensions namely economic, environmental as well as social and inclusivity. Directions for the preparation of the Post 2020 Development Plan and the 12MP have been issued by the YBhg. KSN’s Office through a letter dated April 16, 2019. Sebagai persediaan pelaksanaan arahan ini, MEA telah menubuhkan 13 Kumpulan Perancang Antara Agensi atau Inter Agency Planning Group (IAPG), 46 Kumpulan Kerja Teknikal atau Technical Working Group (TWG) dan 180 kumpulan fokus yang dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Kesemua kumpulan ini akan bertindak sebagai platform untuk mengenal pasti isu dan merangka dasar, strategi dan program di bawah RMK-12. In preparation for the implementation of these directives, the MEA has established 13 Inter Agency Planning Group (IAPG), 46 Technical Working Group (TWG) and 180 focus groups comprising various ministries and government agencies. All of these groups will serve as a platform to identify issues and formulate policies, strategies and programmes under the 12MP. Dalam hal ini, Reformasi Perkhidmatan Awam telah dikenal pasti sebagai salah satu IAPG utama di dalam dimensi ekonomi. Mesyuarat IAPG Reformasi Perkhidmatan Awam yang pertama telah diadakan pada 9 Mei 2019 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), MEA. Di bawah IAPG ini terdapat tiga (3) TWG iaitu: (a) Public service efficiency; (b) Greater governance; dan (c) Public finance excellence. In this regard, Public Service Reform has been identified as one of the major IAPGs in the economic dimension. The first IAPG Public Service Reform Meeting was held on May 9, 2019 chaired by the Deputy Secretary-General (Macro), MEA. Under the IAPG there are three (3) TWGs: (a) Public service efficiency; (b) Greater governance; and (c) Public finance excellence. Terdapat dua (2) dokumen yang akan disediakan iaitu Pelan Pembangunan Jangka Panjang dan RMK-12. Pelan Pembangunan Jangka Panjang dijangka akan diumumkan pada bulan Jun 2020 manakala dokumen RMK-12 dijangka diumumkan pada bulan Oktober 2020. There are two (2) documents that are currently being prepared, the Long Term Development Plan and the 12MP. The Long Term Development Plan is expected to be announced in June 2020 while the 12MP document is expected to be announced in October 2020 . PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RMK-12) 2021-2025 PREPARATIONS FOR THE twelfth MALAYSIA PLAN (12MP) 2021-2025

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy