Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

30 | jpa2019 Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019) Implementation of Flexible Working Hours (FWH) at Federal Government Agencies (Service Circular No. 5 of 2019) JPA amat memberi penekanan terhadap kepentingan mempunyai kehidupan seimbang antara pekerjaan dan pembangunan keluarga di kalangan pegawai awam. Selaras dengan itu, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dilaksanakan. Selain daripada menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan, WBF dapat meningkatkan kepuasan bekerja; mengurangkan kadar kehadiran lewat pegawai; memperkemaskan proses kerja mentadbir kehadiran pegawai ke pejabat; dan mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas. JPA emphasises the importance of having a balanced work and family life among public servants. In lieu with this, Flexible Working Hours (FWH) is introduced. In addition to balancing career and life, WBF can enhance job satisfaction; reduce tardy attendance rates by officers; streamlining the work process of managing the attendance and punctuality of officers; and reduce traffic congestion.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy