Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

188 | jpa2019 Walau bagaimanapun, ex-gratia kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri. • Pemberian ex-gratia kematian kepada waris-waris yang layak adalah berasaskan kepada prinsip bayaran berikut: a) 1/10 kepada ibu/bapa dengan mendahulukan ibu; dan b) 9/10 mengikut pembahagian syer seperti berikut: • duda / setiap balu : 2 bahagian • setiap anak : 1 bahagian • Bilamana keadaan tiada waris yang layak di Perenggan 10.1, keseluruhan pemberian ex-gratia kematian akan diberikan kepada waris-waris di Perenggan 10.2, dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya tiada waris-waris yang layak di Perenggan 10, tiada pemberian ex-gratia kematian akan dibayar. • Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. • Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. SURAT EDARAN 1. SURAT EDARAN JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld 9 (13) BERTARIKH 17 APRIL 2019: CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN GOOD FRIDAY BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN Kerajaan bersetuju supaya pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena perayaan Good Friday mulai tahun 2019 kecuali bagi perkhidmatan awam di negeri-negeri yang perayaan Good Friday adalah merupakan hari kelepasan am. 2. SURAT EDARAN JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld 9 (18) BERTARIKH 25 APRIL 2019: CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM Kerajaan bersetuju supaya pegawai perkhidmatan awam yang berketurunan Siam diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) pada 13 April setiap tahun mulai tahun 2020 bagi memberi ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga. 3. SURAT EDARAN JPA.SARAAN(S)63/5/8 JLD.4 (4) BERTARIKH 4 JULAI 2019: PELAKSANAAN CUTI REHAT TAHUNAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKANDI INSTITUT PENDIDIKANGURU, KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA Kerajaan bersetuju supaya Cuti Rehat Tahunan dilaksanakan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan Cuti Rehat Khas mulai 1 Januari 2020. Kadar Cuti Rehat Tahunan ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidkan yang bertugas di Institut Pendidikan Guru tidak lagi menikmati Cuti Rehat Khas dan Cuti Penggal. 4. SURAT EDARAN JPA.BPO(S)215/65/6 JLD.30 S.K.4(13) BERTARIKH 19 MAC 2019: PERTUKARAN KETUA PERKHIDMATAN KUMPULAN PELAKSANA GRED 11/14 DAN JAWATAN SEMENTARA LANTIKAN KONTRAK UNTUK PELANTIKAN TETAP (JSKT) (15 TAHUN CONTRACT OF SERVICE) DARI JABATAN/AGENSI JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) KE KEMENTERIAN 5. SURAT EDARAN JPA.BPO(S)215/65/6 JLD.30 S.K.5(23) BERTARIKH 30 MEI 2019: PENETAPAN KETUA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT, PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT, PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN DI JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA), JABATAN PERDANA MENTERI 6. SURAT EDARAN JPA.BPO(S)215/65/6 JLD.29 S.K.6(23) BERTARIKH 30 MEI 2019: PENETAPAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SEBAGAI KETUA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI JAWI. 7. SURAT EDARAN JPA.BPO(S)215/65/6 JLD.31(S.K.2) (12) BERTARIKH 8 NOVEMBER 2019.PENETAPAN KETUA PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU OPERASI GRED N11 DARI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF) KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy