Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

jpa2019 | 187 LATAR BELAKANG: HPG diperkenalkan pada 1 Oktober 1993 di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) yang bertujuan mengatasi masalah pelangkauan gaji di gred lantikan. PELAKSANAAN: i. Pemberian pelarasan gaji ini diperuntukkan kepada skim-skim perkhidmatan Pensyarah Universiti DS45, Pensyarah UiTM DM45, Pegawai Penyelidik Q41, Pegawai Psikologi S41 dan Pegawai Teknologi Maklumat F41. ii. Pelaksanaan pelarasan gaji ini diberikan mengikut kelayakan akademik seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat lantikan skim perkhidmatan berkenaan. TARIKH KUAT KUASA: Pekeliling Perkhidmatan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. 10. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2019: PENGUKUHAN PELAKSANAAN PEMBERIAN ELAUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pengukuhan pelaksanaan pemberian elaun dalam perkhidmatan awam selaras dengan hala tuju semasa perkhidmatan awam dan keperluan persekitaran yang dinamik. 11. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2019 PEMBERIAN EX-GRATIA KEMATIAN SEKALIGUS KEPADA WARIS YANG LAYAK BAGI ANGGOTA YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN Antara penambahbaikan yang telah dibuat pada tahun 2019 ialah pemberian ex-gratia kematian sekaligus kepada waris yang layak bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Sehubungan itu, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019 telah dikeluarkan pada 30 Disember 2019 bagi tujuan pelaksanaan ini. • Kerajaan telah bersetuju untukmemberikan ex-gratia kematian sekaligus kepada waris yang layak bagi anggota yangmeninggal dunia semasa dalam perkhidmatan sebagai tambahan kepada faedah-faedah yang sedia ada. • Syarat-syarat kelayakan: a) Anggota lantikan tetap atau sementara yang meninggal dunia dalam perkhidmatan; dan b) tarikh kematian anggota pada atau selepas 1 Januari 2020. - Jumlah pemberian ex-gratia kematian kepada waris yang layak adalah berdasarkan julat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti di Jadual 1. Jadual 1: Jumlah Pemberian Ex-Gratia Kematian Kepada Waris Yang Layak Tempoh Perkhidmatan (Bulan) Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM) ≤ 60 150,000 61 - 120 100,000 121 - 180 75,000 181 - 240 50,000 ≥ 241 Tiada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy