Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

186 | jpa2019 6. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2019: PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019 Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dan dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian. Pemberian ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen, pencen terbitan di bawah undang-undang pencen dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa serta veteran tidak berpencen dengan amaun sebanyak RM250.00. Pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan ini adalah melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019 dan dibayar pada 18 Disember 2019. 7. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2019: KENAIKAN BANTUAN SARA HIDUP KEPADA KUMPULAN PELAKSANA Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung kenaikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM50 sebulan kepada Kumpulan Pelaksana berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. BSH dibayar mengikut tempat kerja (pejabat) pegawai atau institusi pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/kursus jangka panjang dalam negara. Bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/kursus jangka panjang dalam negara di Sabah, Sarawak atau Labuan, kadar BSH adalah mengikut Kawasan A. Penetapan pembahagian kawasan adalah berdasarkan persempadanan kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. 8. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2019: PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN DIAWALKAN KEPADA PEGAWAI YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN SEBELUM TARIKH PERGERAKAN GAJI TUJUAN: Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan kepada pegawai lantikan tetap yang meninggal dunia dalam perkhidmatan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) LATAR BELAKANG: PGT diawalkan ke hari terakhir perkhidmatan telah dilaksanakan dalam PP Bil.2/2015 kepada pegawai yang bersara wajib sebelum TPG. PELAKSANAAN: i. Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan sebelum TPG, PGT pegawai akan diawalkan pada tarikh pegawai itu meninggal dunia. ii. Waris pegawai akan menerima faedah persaraan yang lebih baik. SYARAT PEMBERIAN PGT: Mematuhi peraturan-peraturan berkaitan yang berkuat kuasa dan syarat-syarat yang berikut: i. pegawai mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; ii. diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan iii. diluluskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Kementerian/Jabatan. TARIKH KUAT KUASA: Pekeliling Perkhidmatan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. 9. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2019: PELAKSANAAN PELARASAN GAJI KE GAJI PERMULAAN BAGI MENGGANTIKAN PEMBERIAN HADIAH PERGERAKAN GAJI (HPG) TUJUAN: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberikan pelarasan gaji ke gaji permulaan bagi menggantikan pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) kepada pegawai dalam skim-skim perkhidmatan yang ditetapkan yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy