Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

jpa2019 | 185 P E K E L I L I NG , S URA T P E K E L I L I NG DAN S URA T E DARAN 2 0 1 9 PEKELILING PERKHIDMATAN 1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2019: ELAUN TANGGUNGJAWAB KHAS PEMANDU Memperkemaskan peraturan dan syarat pemberian Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu (ETKP) kepada Pemandu Kenderaan Gred H11, H14, H16, H18. 2. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2019: BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN Memperkemaskan peraturan dan syarat pemberian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menjalankan tugas pengurusan kewangan sepenuh masa. 3. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2019: PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2019 Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM450.00 dan dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian. Pemberian ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan pencen terbitan di bawah undang-undang pencen dengan amaun sebanyak RM225.00. Pelaksanaan bantuan ini adalah melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2019 dan dibayar pada 24 Mei 2019. 4. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2019: TAMBANGMENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANGMENGURUS PEMINDAHAN BARANG BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH Dasar dan peraturan berkaitan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah telah dijelaskan melalui Perenggan 8, Pekeliling PerkhidmatanBilangan5Tahun1978danSuratPekelilingPerkhidmatanBilangan3Tahun2003.Peraturantersebutmemperuntukkan bahawa sekiranya pegawai yang bertukar wilayah meninggal dunia di wilayah berkhidmat, ahli keluarga pegawai diberi kemudahan tambang kapal terbang untukmengiringi jenazah pegawai kewilayah asal. Setelah itu, pasangan pegawai atau seorang ahli keluarga dibenarkan kembali ke tempat pegawai berkhidmat untuk menguruskan pemindahan barang-barang atas tanggungan Kerajaan. Dalam hal ini, Kerajaan telah bersetuju kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah turut diberikan kepada pegawai dan ahli keluarga sekiranya ada di kalangan ahli keluarga pegawai meninggal dunia di wilayah berkhidmat. Kemudahan TambangMengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang juga dipanjangkan kepada waris pegawai bujang sekiranya pegawai tersebut meninggal dunia di wilayah berkhidmat. Pelaksanaan penambahbaikan ini adalah melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2019 dan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2019. 5. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2019: PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN Pegawai Perkhidmatan Awam telah diberi fleksibiliti dalam pengaturan jadual kerja sedia ada daripada persekitaran kerja yang tegar kepada persekitaran kerja yang lebih fleksibel dengan pelaksanaan WBF. Penambahbaikan ini direalisasikan melalui pelaksanaanPekelilingPerkhidmatanBilangan 5 Tahun 2019 yangberkuat kuasamulai 1Ogos 2019di agensi KerajaanPersekutuan. Fleksibiliti ini antara langkah mengukuhkan inisiatif ke arah menambah baik keseimbangan antara kerja dan kehidupan penjawat awam yang lebih baik seterusnya meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam. Tertakluk kepada penerimaan pakai, pekeliling perkhidmatan ini adalah dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Badan Berkanun, Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy