Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

106 | jpa2019 Seterusnya YBhg. Datuk Seri KPPA telah mengadakan lawatan ke Ladang Ternakan Kambing Melikan Enterprise yang diusahakan oleh Tuan Haji Minduru bin Haji Mohd Noor yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah, Cawangan Semporna. Beliau telah memulakan perniagaan pada tahun 2016 dengan keluasan kandang 200’ x 30’. Beliau turut menanam sendiri rumput ‘Nafier’ yang menjadi makanan utama kambing ternakan serta dibantu oleh seorang pekerja pada masa ini, dengan pendapatan perniagaan sekitar RM3,000.00 sebulan. Next YBhg. Datuk Seri KPPA held a visit to the Melikan Enterprise Goat Farm ran by Tuan Haji Minduru bin Haji Mohd Noor who is also the Chairman of the Semporna Branch Sabah State Government Pensioner’s Association. He started the business in 2016 with a 200 ‘x 30’ cage. He also planted his own ‘Nafier’ grass which is the main feed of livestock and is assisted by a worker at present, earning about RM3,000.00 a month. Lawatan seterusnya ke perusahaan madu kelulut yang diusahakan oleh pesara tentera, Encik Ammil Hassan Bin Anggari, 47 tahun. Beliau terdahulu telah menjalankan perniagaan nurseri secara kecil-kecilan sebelum melibatkan diri dengan peniagaan madu kelulut sejak satu setengah tahun lalu. Next, was a visit to a kelulut honey company ran by military pensioner, Ammil Hassan Bin Anggari, 47 years old. He had previously started a nursery business on a small scale before joining the kelulut honey business for the past one and a half year.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy