Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

jpa2019 | 105 Program menyantuni pesara uzur diteruskan lagi ke Daerah Semporna, Sabah pada 25 hingga 27 Julai 2019, di mana ziarah pesara uzur dimulakan dengan kunjungan kepada Puan Bunga Jaya binti Ab. Rahmat, 68 tahun di kediamannya Kg. Tanjong Kapor. Beliau yang berkhidmat selama 39 tahun, memulakan perkhidmatan pada tahun 1969 dan bersara wajib pada 2 Mac 2008. The CSR visit to ailing pensioners programme resumed, this time in Semporna District, Sabah from July 25 to 27, 2019, where the CSR visit begins with a stop to Mrs. Bunga Jaya binti Ab. Mercy, 68 years old at her residence in Kg. Tanjong Kapor. She served for 39 years, starting in 1969 before retiring on March 2, 2008. Turut disantuni, Encik Abdul Fatah bin Ajuram, 73 tahun yang bermula berkhidmat pada tahun 1981 dan bersara wajib pada 1 Februari 2015. Pesara yang mempunyai 10 orang anak ini, bergantung sepenuhnya dengan pencen bulanan bagi menampung keperluan harian sekeluarga selain pernah mengalami serangan strok yang menyebabkan pergerakannya terbatas. Next was Mr. Abdul Fatah bin Ajuram, 73, who began serving in 1981 and retired on February 1, 2015. Retired with 10 children, he relies heavily on monthly pensions to meet the daily needs of his family besides having suffered a stroke rendering his movements limited. Tempat akhir bertugas kedua-dua pesara ini ialah di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai Guru Lepasan Diploma. Turut disampaikan semasa ziarah adalah sijil penghargaan, kad pesara baharu, barangan keperluan harian dan kerusi roda. The final posting for both retirees was at the Sabah State Department of Education as a Diploma Graduate Teacher. Also presented during the visit were certificates of appreciation, new pension cards, daily necessities and wheelchairs. Program Pesara Care diteruskan dengan menziarahi keluarga Allahyarham Ammahari Bin Rahali. Gemulah merupakan pesara awam, memulakan perkhidmatan pada tahun 1980 dan bersara wajib pada 17 Mei 2016 semasa bertugas sebagai Pekerja Rendah Awam Gred R4 di Pejabat Kesihatan Daerah Semporna. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2019, pada usia 63 tahun akibat kanser kolon yang dihidapi. The Pesara Care Programme is continued by visiting the family of the late Ammahari Bin Rahali. A goverment pensioner before his death, he started his service in 1980 and retired on May 17, 2016 while serving as a Grade R4 General Worker at the Semporna District Health Office. He passed away on July 23, 2019, at the age of 63 due to colon cancer. YBhg. Datuk Seri KPPA, Datuk Seri Borhan yang turut menyatakan terima kasih atas kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah, Cawangan Semporna dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP dalam menjayakan program ziarah ini. YBhg. KPPA Datuk Seri Borhan also expressed his gratitude for the cooperation from the Semporna Branch Sabah State Pensioner’s Association and the Retirement Fund (Incorporated) or KWAP in making this CSR visit programme a success. Program Pesara Care: Menyantuni Pesara Uzur dan Program Lawatan Tapak Projek Usahawan Agropreneur. 25 - 27 Julai 2019, Daerah Semporna, Sabah Pesara Care Programme: CSR Visit and Usahawan Agropreneur Project Site Visit Programme. 25 - 27 July 2019, Semporna District, Sabah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy