Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

104 | jpa2019 Program Menyantuni Pesara Uzur di Sarawak, Perak dan Semporna, Sabah Visit CSR Programme in Sarawak, Perak and Semporna, Sabah Pada 19 hingga 21 April 2019 yang lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan Bin Dolah bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); YBhg. Dato’ Suhaime Bin Mahbar dan Pengarah- Pengarah Bahagian serta delegasi pegawai JPA telah melawat pesara uzur Encik Ojen Bin Liman yang berumur 100 tahun telah bersara semenjak 1 Januari 1975 dan seterusnya melawat balu pesara yang sedang uzur iaitu Puan Aishah Binti Md Malbari yang telah menerima pencen terbitan semenjak 16 Julai 1998 setelah kematian suaminya gemulah Encik Sepet Bin Chee setelah bersara wajib pada 1 Januari 1980. From April 19 to 21, 2019, the Director General of Public Service (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan Bin Dolah along with Deputy Director General of Public Service (Operations); YBhg. Dato 'Suhaime Bin Mahbar and Division Directors as well as delegation of JPA officers visited the retired 100-year-old Mr. Ojen bin Liman, a pensioner since January 1, 1975 and visited an ailing, retiree’s widow, Mrs. Aishah binti Md Malbari who had received pensions issued since 16 July 1998 after the death of her husband, Mr Sepet Bin Chee after her compulsory retirement on 1 January 1980. Program ini turut dihadiri olehwakil Pejabat KebajikanMasyarakat Bahagian Kuching, Pejabat Baitulmal Sarawak dan wakil daripada Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak. Semasa lawatan ini juga, YBhg. Datuk Seri KPPA telah menyampaikan bantuan daripada JKM, bantuan zakat, penyerahan kerusi roda, bantuan keperluan harian, sijil penghargaan dan kad pesara kepada Encik Ojen dan Puan Aishah. The programme was also attended by representatives from the Kuching Division of Public Welfare Office, JKM the Sarawak Baitulmal Office and representatives from the Sarawak Government Pensioners Association. During this visit, YBhg. Datuk Seri KPPA presented assistance from JKM, zakat aid, wheelchairs, daily necessities, certificates of appreciation and pension cards to Mr. Ojen and Mrs. Aishah. Seterusnya pada 17 Mei 2019, delegasi JPA yang diketuai oleh YBhg. Datuk Teo Khian How, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA telah melawat Puan Nor Hafizah Yulisailani, 35, yang berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di rumah beliau di Parit, Perak Darul Ridzuan. Puan Nor Hafizah Yulisailani disahkan mengalami saraf otak tidak berfungsi (mati otak) sejak lebih 2 tahun lalu. On May 17, 2019, a JPA delegation led by YBhg. Datuk Teo Khian How, Post Service Division Director, JPA visited Mrs. Nor Hafizah Yulisailani, 35, who works at the National Registration Department (JPN) at her home in Parit, Perak Darul Ridzuan. Mrs. Nor Hafizah Yulisailani has been diagnosed with brain damage for over 2 years. Suaminya, Encik Nizam yang sebelum ini menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan duit pencen isterinya akibat masalah dengan pihak bank telah menerima khabar baik bahawa kaedah pembayaran telah diubah kepada melalui waran (cek). Her husband, Mr. Nizam, who had previously struggled to withdraw his wife's pension due to a bank dispute, has received good news that the payment method has been changed to warrants (cheques). Sumbangan wang ihsan daripada warga JPA serta sumbangan berupa barangan keperluan sumbangan pihak KWAP, PDT Perak Tengah, JPN Perak, Hospital Batu Gajah, JKM Perak & ICU Perak telah diserahkan kepada suami pesara oleh YBhg. Datuk Teo. Donations from JPA and aids in the form of neccesities from KWAP, Central Perak PDT, Perak JPN, Batu Gajah Hospital, JKM Perak & ICU Perak were given to the retiree’s husband by YBhg. Datuk Teo.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy