Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2019

100 | jpa2019 Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2019 merupakan program penajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah yang dikhususkan kepada 300 pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana atau Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh JPA. Program penajaan ini merupakan usaha Jabatan ini dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada. 2019 Outstanding Student Programme (PPC) is a sponsorship programme under the Public Service Department (JPA) in the form of a Flexible Loan dedicated to 300 graduate / postgraduate students pursuing Masters or Doctoral studies in various fields at a university that JPA has identified. This sponsorship programme is the Department's attempt to recognise the excellence of undergraduate and graduate students and to add value to existing sponsorships. Penajaan ini memfokuskan kepada bidang pengajian meliputi bidang keutamaan dan strategik serta lain-lain bidang yang ditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 dan 12 bidang utama di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional atau National Key Economic Area (NKEA). The sponsorship focuses on areas of study covering priority and strategic areas as well as other areas set by the Government in accordance with the 11th Malaysia Plan and 12 key areas under the National Key Economic Area (NKEA). Bagi tahun 2019, sebanyak 249 penajaan telah diberikan kepada seramai hampir 200 calon di dalam negara dan selebihnya akan menyambung pengajian di luar negara termasuklah ke United Kingdom, Australia dan Jepun. Selain itu, penajaan juga diberikan mengikut agihan bidang iaitu sebanyak 35% untuk bidang Kejuruteraan & Teknikal, 35% untuk bidang Sains & Teknologi dan sebanyak 30% untuk bidang Sains Sosial sepertimana carta di bawah: For 2019, a total of 249 sponsorships have been awarded to nearly 200 candidates locally and the rest will continue to study abroad including the United Kingdom, Australia and Japan. In addition, sponsorships were also awarded ratios of 35% for Engineering & Technical fields, 35% for Science & Technology and 30% for Social Science fields as per the chart below: KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL ENGINEERING AND TECHNICAL 35% SAINS SOSIAL SOCIAL SCIENCE 30% SAINS DAN TEKNOLOGI SCIENCE AND TECHNOLOGY 35% PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) TAHUN 2019 2019 OUTSTANDING STUDENT (PPC) PROGRAMME

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy