Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 99 subjektif (psikologi). Para sarjana dan pembuat dasar mengakui kepentingan kesejahteraan subjektif (psikologi) sebagai indicator pelengkap kepada kemakmuran negara (Diener & Seligman 2004; Diener at al.2015). Indikator kesejahteraan subjektif berupaya memberi perspektif yang lebih luas berhubung kualiti hidup berbanding dengan hanya berdasarkan petunjuk objektif seperti ekonomi atau sosial semata-mata. Walaupun indikator ekonomi dan sosial bersifat objektif dan diterima ramai, namun ia mempunyai kekurangan tertentu, serta tidak memadai bagi menggambarkan kualiti kehidupan di sesebuah negara secara kumulatif (National Research Council, 2013). Isu- isu yang berkait dengan kesejahteraan psikologi tidak boleh dipandang ringan kerana impaknya yang besar kepada kemakmuran, keselamatan, kepuasan dan kelangsungan hidup serta imej dan persepsi orang luar atau pelabur luar terhadap negara ini. Elemen-elemen ini berkait rapat dengan kesejahteraan psikologi individu yang menggalas tanggungjawab membina komuniti dan negara secara keseluruhan. Penelitian selama beberapa dekad di negara-negara barat mendapati, walau pun pertumbuhan ekonomi kelihatan rancak dan pendapatan rakyat meningkat, namun secara relatifnya penilaian terhadap kepuasan hidup (life satisfaction) didapati berada pada tahap yang statik. Keadaan ini menimbulkan persoalan berhubung kerelevanan polisipolisi negara yang menekankan pertumbuhan ekonomi tetapi gagal memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada warganegaranya (Dolan & White, 2007). Berdasarkan dapatan ini, persoalan yang berbentuk subjektif: “Apakah kebahagiaan yang sebenar” dapat dijawab dengan pandangan kebahagiaan sebenar adalah berkait rapat dengan kesejahteraan psikologi atau “Psychological Wellbeing”. Maka dengan adanya jawapan tersebut, usaha “moving forward” daripada dapatan tersebut adalah untuk menilai, mengkaji dan mengenalpasti akan tahap “Kesejahteraan Psikologi” rakyat Malaysia melalui penghasilan “Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia”. 2,860 KESIHATAN MENTAL (Data Tinjauan Kesihatan Mental Penjawat Awam) (2017) 3,251 PENCERAIAN (JAKIM, 2017) 919 INTEGRITI (SPRM, 2017) 573 PRESTASI RENDAH (<60) (JPA, 2017) 61,726 KEBERHUTANGAN SERIUS (JANM, 2017) 576 MASALAH KESIHATAN MENTAL (PPP) (JPA, 2017) Dapatan indeks ini akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat akan keadaan dan keperluan rakyat dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan dapat mengecapi kebahagiaan yang bermakna, sejahtera dan terpelihara. Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, keupayaan individu turut diasak dalam memastikan kelangsungan kehidupan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Berhadapan dengan cabaran ini, kerajaan telah memberi tumpuan yang sewajarnya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Bagi mencapai hasrat ini, strategi pembangunan yang holistik dengan memberi penumpuan kepada keseimbangan ketiga-tiga komponen kesejahteraan negara iaitu, kemakmuran ekonomi, kemajuan sosial dan kesejahteraan psikologi perlu dilaksanakan. *Paparan dalam Rajah 1 dan 2 menunjukkan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat adalah serius dan perlu ditangani dengan segera. ISU KESEJAHTERAAN PERKHIDMATAN AWAM Rajah 2: Data Isu Kesejahteraan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy