Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 95 di antara peserta dan pengurus sumber manusia yang berkhidmat di sektor awam, agar pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan idea positif dapat disebarluaskan serta dimanfaatkan. Sejahtera Psikologi merupakan tema yang dipilih bagi tahun 2018 kerana penjawat awam pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam suasana ekonomi dan persekitaran yang tidak menentu yang menyebabkan pelbagai isu-isu kesihatan diri dari segi fizikal dan mental dipengaruhi. Ianya merupakan salah satu usaha dalam membentuk penjawat awam yang sejahtera dari segi kognitif, tingkah laku, emosi dan spiritual agar mereka mempunyai tahap kesihatan mental yang optima dalam menjalani kehidupan seharian. Melalui persidangan pada hari ini ianya memberi fokus kepada isu dan pengurusan kesihatan mental di tempat kerja dari aspek kefungsian individu seperti kecelaruan kognitif, tingkah laku dan emosi. Manakala, konsep kesejahteraan psikologi seperti keseimbangan emosi, kefungsian dan potensi individu, kepuasan dan kualiti hidup, kefungsian sosial dan kesejahteraan pekerjaan yang merupakan elemen utama dalam membentuk penjawat awam yang sejahtera serta berprestasi tinggi. Objektif utama persidangan ini dilaksanakan adalah untuk; 1. Meningkatkan keupayaan pegawai dalam menguruskan isu kesihatan mental di tempat kerja melalui pendekatan psikologi yang merentasi pelbagai sektor perkhidmatan melalui jaringan kerja yang professional dan strategik. 2. Meningkatkan kompetensi pegawai menggunakan pendekatan intervensi terapeutik bagi membangun pelan rawatan yang sistematik dan menangani isu kesihatan mental secara lebih berkesan. 3. Menjadi pentas kepada pegawai untuk berkongsi pengalaman, budaya, idea dan pandangan dengan pengamal psikologi atau ahli professional kesihatan mental bagi memperkukuhkan kesejahteraan psikologi insan. Persidangan pada kali ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan beliau juga turut melancarkan keberhasilan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM). IKPM dibangunkan sebagai indikator kepada kualiti dan kepuasan kehidupan, kebahagiaan dan kefungsian masyarakat. Terdapat lima (5) domain utama telah dipilih berdasarkan literatur dan penelitian terhadap indeks-indeks lain yang telah dibangunkan di Malaysia. Antara lima (5) domain tersebut merangkumi kesejahteraan emosi (positif dan negatif), kepuasan hidup, kesejahteraan sosial dan kefungsian psikologi. Oleh itu melalui lima (5) aspek ini, ianya mengambarkan kesejahteraan psikologi sangat penting kepada setiap individu dan ianya mempunyai implikasi besar dalam mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal individu. Keupayaan menguruskan psikologi diri dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan baik dan bermakna. Justeru, permuafakatan individu yang mempunyai kesejahteraan psikologi mewujudkan satu kelompok masyarakat seimbang seterusnya membentuk sebuah negara yang rakyatnya memiliki tahap kesejahteraan yang tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy