Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 92 PROGRAM RAMAH MESRA DAN PERJUMPAAN KPPA BERSAMA PERSATUAN PESARA KERAJAAN NEGERI KEDAH Melalui program ramah mesra dan perjumpaan KPPA bersama Persatuan Pesara Kerajaan negeri Kedah di bawah program #MenyantuniPesara pada 25 sehingga 26 November 2018, YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah telah menyarankan agar persatuan pesara memainkan peranan aktif dalam menjaga hubungan baik Kerajaan dengan pesara-pesara Kerajaan. Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada persatuan-persatuan ini bagi menjaga hal ehwal kebajikan golongan pesara yang selama ini banyak berjasa kepada negara. Pada masa ini, JPA bersama persatuan-persatuan pesara kerap mengadakan program turun padang untuk berkongsi dasar-dasar serta isu-isu semasa berkaitan hal ehwal persaraan yang sedang dilaksanakan dan ditambahbaik oleh pihak Kerajaan demi kesejahteraan golongan pesara Kerajaan. Program perjumpaan seperti ini juga dapat meraikan dan mengiktiraf para pesara Kerajaan yang telah menunjukkan teladan, aktif dan menjadi inspirasi di kalangan para pesara Kerajaan yang lain. Selain itu, beliau turut bersama-sama dalam program #MenyantuniPesara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy