Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 91 Delegasi JPA bersama-sama Ketua Pengarah Bomba negeri Sabah, wakil Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP), Encik Md Saffi Nadzi dan Wakil Khidmat Kebajikan Am Sabah telah menziarahi pesara yang pertama iaitu Encik Sazrin bin Safuan yang berusia 28 tahun. Beliau merupakan bekas anggota bomba memilih untuk bersara atas sebab kesihatan apabila lumpuh seluruh badan selepas mengalami kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Bersara pada usia muda atas sebab kesihatan melayakkan beliau untuk menerima sumbangan Ex Gratia dan pampasan sebanyak RM40,000.00 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat. Manakala pesara kedua yang dilawati bagi program #MenyantuniPesara ialah Encik Abdul Rahmed bin Rajem. Beliau merupakan bekas guru telah mengambil keputusan bersara atas sebab kesihatan selepas berkhidmat lebih 29 tahun di negeri Sabah. Beliau menghidap penyakit Cerebral Aneurysm Rupture yang membuatkan beliau melepaskan jawatan terakhir di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada pertengahan Ogos 2018 yang lalu. YBhg. Datuk Seri KPPA telah berbesar hati menghulurkan sedikit sumbangan berupa kerusi roda kepada kedua-dua pesara tersebut. Pihak JPA ingin mendoakan agar pesara-pesara tersebut dapat menjalani kehidupan yang selesa dan baik dengan ganjaran pencen yang diterima daripada Kerajaan. amount of RM40,000 from the Fire and Rescue Department. Whereas the second pensioner visited for #AssistingPensioner Program was Encik Abdul Rahmed bin Rajem. He was a former teacher who had decided to retire for health reasons after being in service for more than 29 years in Sabah. He suffered from Cerebral Aneurysm Rupture disease which was the cause of resignation for his last position in the Department of Education mid-August 2018 last year. YBhg. Datuk Seri KPPA was honoured to lend a helping hand in the form of a wheelchair to both pensioners. JPA wishes and hopes both pensioners would be able to live a good and comfortable life with the pension rewards received from the Government.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy