Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 86 SESI LIBAT URUS DENGAN PIHAK LUAR PERSIDANGAN PENGURUS PROGRAM TAJAAN JPA DENGAN WAKIL UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA SELURUH MALAYSIA TAHUN 2018 Persidangan Pengurus Program Tajaan JPA Dengan Wakil Universiti Awam dan Swasta Seluruh Malaysia Tahun 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada 16 Ogos 2018. Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan kejayaan penganjuran program pada tahun 2017. Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, YBrs. Dr. Zurina Binti Abdul Hamid dan turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan, Universiti Awam dan Swasta terdiri daripada pihak Hal Ehwal Pelajar, Hal Ehwal Akademik dan Pejabat Bendahari melibatkan seramai 150 orang. Objektif persidangan adalah seperti berikut : a) Mengukuhkan kerjasama antara penaja (JPA) dengan universiti awam, universiti swasta dan institusi tajaan seluruh negara yang terlibat; b) memperkasa pengurusan penawaran, pemantauan dan bayaran berkaitan pelajar- pelajar tajaan JPA; c) membincangkan serta mencapai kata sepakat terhadap kaedah-kaedah terbaik dalam pengurusan penajaan antara penaja (JPA) dengan institusi pendidikan; dan d) mewujudkan keseragaman melalui prosedur operasi standard yang dapat melancarkan tugas-tugas pengurusan penajaan JPA di seluruh negara. Persidangan tersebut telah berjaya mencapai beberapa resolusi berhubung isu-isu tadbir urus penajaan JPA bersama pihak Universiti dan medium terbaik untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara dua pihak (JPA dan Universiti) bagi melicinkan dan menambahbaik proses kerja sedia ada. ENGAGEMENT SESSIONSWITH EXTERNAL PARTIES MANAGER OF JPA SPONSORED PROGRAM WITH REPRESENTATIVE OF PUBLIC AND PRIVATE UNIVERSITIES OF MALAYSIA CONFERENCE 2018 The Manager of JPA Sponsored Program with Representatives of Public and Private Universities of Malaysia Conference 2018 organised by Human Capital Development Division was held at Dewan Serbaguna, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya on 16 August 2018. The implementation of the programe was based on the successful organisation of the program for the year 2017. The objectives of the conference are as follows: a) To stengthen the cooperation between sponsor (JPA) with public universities, private universities and sponsored institutions in all countries involved; b) To empower the management of offering, monitoring and payment relating to JPA sponsored students; c) To discussing and achieve consensus towards the best method in the management of sponsorship between sponsor (JPA) and academic institution; and d) To establish uniformity through standard operating procedure that ensures the smoothness of management tasks for JPA sponsorship nationwide. The conference was successful in achieving resolutions concerning governance issues of JPA sponsorship with Universities and serves as the best medium to further stengthen cooperation between both parties (JPA and Universities) for smooth existing work process.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy