Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 84 PROGRAM RE- ORIENTASI GRADUAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) Program Re-Orientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan telah diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada 22 September 2018 (Sabtu) dan telah disertai oleh 553 orang graduan tajaan JPA. Program Taklimat Re-Orientasi beserta engagement ini telah diadakan secara bersama dengan penglibatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) bagi menjelaskan dasar-dasar dan isu-isu semasa serta prosedur terkini pengambilan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kepada graduan tajaan JPA selain makluman bidang kuasa berhubung setiap Kementerian dan Agensi terlibat. Objektif utama sesi taklimat ini diadakan adalah seperti berikut: a) Memberi penjelasan mengenai dasar-dasar semasa dan prosedur terkini pengambilan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi ke dalam Perkhidmatan Awam; b) Memberi penjelasan mengenai prosedur pendaftaran graduan dengan majlis profesional berkaitan, prosedur lapor diri kepada JPA dan permohonan jawatan di Portal SPA8i bagi mengelakkan kelewatan memenuhi proses- proses terbabit yang akan memberi impak kepada tarikh pelantikan; dan c) Menjadikan program ini sebagai platform bagi tujuan temuseru graduan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy