Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 82 BENGKEL KAJIAN IMPAK KEBERKESANAN PROGRAM TALENT ACCELERATION IN THE PUBLIC SERVICE (TAPS) Bengkel kajian impak program Talent Acceleration in the Public Service (TAPS) telah diadakan di Avillion Legacy Hotel, Melaka pada 4 - 6 April 2018 (Rabu - Jumaat) dan telah disertai oleh 43 orang peserta yang terdiri daripada ahli JK Kerja TAPS termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Kanan (TPBK(I)), BMI. Selain itu, seramai 14 orang penyelia/ mentor bagi peserta program TAPS Kohort 5 turut hadir semasa sesi mesyuarat dan bengkel tersebut. 14 orang wakil Bahagian Sumber Manusia daripada 8 Kementerian/ Jabatan/Agensi yang berkaitan (yang telah dikenal pasti oleh BK) juga turut hadir dalam membantu bagi mendapatkan input sewajarnya berkaitan skim dan jawatan strategik yang bekeperluan bagi pengisian penempatan TAPS Kohort 6. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah seperti berikut: a) Membincang dan memperhalusi objektif dan hala tuju terkini Program TAPS Kohort 6; b) Menganalisa hasil dapatan kaji selidik keberkesanan Program TAPS Kohort 3 hingga 5 yang dilaksanakan menerusi borang kaji selidik; c) Memperhalusi kaedah pemilihan dan pelantikan peserta TAPS Kohort 6; dan d) Menganalisa mengenai skim jawatan strategik dan kesesuaian Kementerian/ Agensi yang memerlukan pelapis bagi pengisian peserta TAPS Kohort 6, menerusi mesyuarat dan perbincangan yang telah dianjurkan oleh BPO. Bengkel ini telah berjaya menggariskan cadangan-cadangan yang merangkumi halatuju dan objektif terkini Program TAPS, kaedah pemilihan calon, kaedah pelantikan dan cadangan pengisian jawatan strategik dan kesesuaian Kementerian/Agensi penempatan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy