Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 77 PENAWARAN KEMUDAHAN BIASISWA YANG DI- PERTUAN AGONG (BYDPA) Program Biasiswa Yang di- Pertuan Agong (BYDPA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2006. Biasiswa ini diperkenalkan bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang calon, di samping memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan Ph.D) di dalam dan di luar negara. Sebanyak 12 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 141 orang pelajar iaitu 71 orang pelajar di peringkat Ph.D dan 70 orang pelajar di peringkat Sarjana. Bidang pengajian pula meliputi empat (4) bidang utama iaitu Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Bagi sesi pengajian 2018/2019, seramai 12 orang calon telah ditawarkan biasiswa ini iaitu enam (6) orang bagi peringkat Ph.D dan (6) orang bagi peringkat Sarjana. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada 11 Julai 2018. The King’s Scholarship Programme (BYDPA) was first introduced in 2006. The scholarship is introduced to acknowledge the extraordinary abilities of a candidate, as well as to provide opportunites for them to pursue post graduate studies (Master and Ph.D) within and outside Malaysia. 12 offering sessions were implemented with the sponsorship of 141 students which included 71 students at Ph.D level and 70 students at the Master level. The field of studies covers four (4) main fields namely Science & Technology, Economy, Law and Islamic Finance. For 2018/2019 academic sessions, 12 candidates were offered this scholarship, there were, six (6) students for Ph.D and six (6) students for Master. The scholarship-award ceremony was officiated by Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V on 11 July 2018. OFFERING OF KING’S SCHOLARSHIP FACILITY (BYDPA)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy