Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 74 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN MAJLIS TAKLIMAT CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA KEPADA KUMPULAN PELAKSANA (CBBPDBKP) SESI 2018 Majlis taklimat kepada penerima CBBPDBKP telah diadakan pada 27 Februari 2018 bertempat di Dewan D2, MAEPS Serdang dan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zurina binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA. Majlis taklimat kepada penerima dan Ketua Jabatan ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan penerangan lanjut berhubung penajaan serta tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas mengikuti pengajian. Taklimat disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Bahagian Perkhidmatan, JPA. Majlis ini turut menjemput wakil daripada Jabatan Pengajian Tinggi dan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyampaikan taklimat berhubung prosedur serta kelayakan permohonan di Institut Pengajian Tinggi Awam/ Pusat Bertauliah. Majlis ini juga melibatkan penyertaan beberapa IPTA/PBA yang membuka booth pameran bagi mempromosikan program- program yang ditawarkan serta memberi peluang kepada penerima untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada pihak IPTA/PBA. Pada tahun ini, seramai 543 orang BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT DIVISION
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy