Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 71 BAHAGIAN SARAAN REMUNERATION DEPARTMENT Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2018 telah diadakan dengan jayanya pada 15 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 4, Blok C3, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Persidangan yang menghimpunkan wakil-wakil dari Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri ini merupakan program tahunan yang dianjurkan Bahagian Saraan, JPA bertujuan untuk membentangkan prestasi keaktifan dan penyelesaian isu bagi penganjuran Mesyuarat MBJ di agensi-agensi. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kanan, Bahagian Saraan, YBrs. Encik Lim Eng Hock. Di dalam persidangan ini, wakil- wakil Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri telah disarankan untuk sentiasa memberi perhatian kepada usaha-usaha menambah baik kebajikan para penjawat awam. Usaha-usaha ini dibuat setelah mengambil kira pandangan dan permintaan yang diutarakan golongan pekerja di samping kedudukan kewangan semasa Kerajaan. Buat julung kalinya, Persidangan MBJ ini telah turut diselitkan dengan dua (2) program tambahan, iaitu perkongsian ilmu mengenai Amalan Terbaik Pengurusan MBJ yang telah disampaikan oleh wakil dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) serta perkongsian MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) CONFERENCE FEDERAL AND STATE LEVEL 2018 Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Conference at Federal and State Level 2018 was held on Thursday, 15 March 2018 at Jati Meeting Room, Level 4, Block C3, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Representatives from Ministries and States Offices gathered this annual event organized by JPA. The purpose of the conference was to present the active performance and resolve issues in organizing MBJ meetings in government agencies. It was chaired by Senior Deputy Director, Pension Department, YBrs. Encik Lim Eng Hock. In this conference, the participants were encouraged to pay more attention to the efforts of improving PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI TAHUN 2018 Sesi bergambar ahli-ahli persidangan bersempena dengan Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2018.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy