Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 64 PELUASAN PENILAIAN PRESTASI BERDASARKAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) KEPADA PPTPA TIER 2 (FASA 2) EXPANDING KPI-BASED PERFORMANCE EVALUATION TO PPTA TIER 2 (PHASE 2) Pada tahun 2018, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengeluarkan surat peluasan penilaian prestasi berdasarkan KPI kepada Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 2 (Fasa 2) melalui surat bilangan (3) JPA.BK (S)226/7/69- 2 bertarikh 30 Januari 2018. Surat tersebut menjelaskan penjajaran KPI yang dilaksanakan ke keseluruhan PPTPA Tier 2 yakni, Timbalan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Ketua- ketua Perkhidmatan serta Ketua- ketua Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian dan SUK Negeri. Sehubungan dengan itu, dijangka peluasan KPI ini akan melibatkan peluasan kepada 400 orang PPTPA (Gambarajah 1). Mengikut perancangan, peluasan KPI akan diselesaikan pada tahun 2020 di mana KPI akan digunakan untuk penilaian prestasi PPTPA Tier 3 dan Tier-tier berikutnya. In 2018, Director-General of Public Service (DGPS) has issued a directive to expand KPI-based performance evaluation to Public Service Top Management (PPTPA) Tier 2 via a letter number (3) JPA.BK( S)226/7/69- 2 dated 30 January 2018. It explained that the KPI will expand to include the whole PPTA Tier 2, consisting of Deputy Secretary-General, Deputy Director, Deputy State Secretary, Deputy Director-Generals as wells as Heads of Departments/Agencies under Ministries and State Secretaries (SUK). It is estimated that 400 PPTAs will be involved in this KPI expansion (Diagram 1). The project is expected to be completed by 2020 in which the KPIs will be used to evaluate PPTA Tier 3 and subsequent tiers. TIER 1 TIER 2 TIER 3 TIER 3 - 810 PPTPA yang menjawab kepada Tier 2 TIER 2 - 393 PPTPA yang menjawab kepada 53 jawatan Tier 1 TIER 1 - 53 Jawatan PPTPA sedia ada Gambarajah 1 BAHAGIAN PERKHIDMATAN SERVICE DEPARTMENT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy