Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 61 KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YAB KETUA MENTERI SABAH Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal telah berbesar hati menerima kunjungan hormat dari[ada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah pada 24 September 2018 di Pusat Pentadbiran Negari Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, Sabah. Kehadiran YBhg. Datuk KPPA turut disambut mesra oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Hashim Paijan yang turut hadir bersama pada pagi tersebut. YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal telah mengangkat sumpah selaku sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 pada 12 Mei 2018 yang lepas. Beliau juga merupakan Presiden parti Warisan Sabah (Warisan) dan Ahli Parlimen Semporna. Pada sesi lawatan tersebut juga, YBhg. Datu Seri KPPA dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Hashim Paijan telah mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Antara Jabatan Perkhidmatan Awam dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah ke-20. Beliau juga turut bersama-sama delegasi JPA mengunjungi INTAN Kampus Wilayah Sabah di Tuaran bagi sesi ramah mesra bersama warga kerja INTAN Sabah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy