Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 49 TRAINING PROGRAMME FOR THE RUSSIAN PRESIDENTIAL ACADEMY OF NATIONAL ECONOMY AND PUBLIC ADMINISTRATION (RANEPA) ON PUBLIC POLICY AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA’S PERSPECTIVE Buat julung kalinya, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dengan anjuran bersama PEMANDU Associates Sdn. Bhd., telah melaksanakan satu program latihan untuk Pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan Persekutuan Rusia di bawah The Russian Presidential Academy of National Economy and Public Administration (RANEPA). Program latihan ini telah berlangsung selama seminggu pada 1 hingga 5 Oktober 2018 dan dihadiri oleh seramai 41 orang Pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan Persekutuan Rusia. Program latihan tersebut adalah berkenaan dasar dan pentadbiran awam dalam perspektif Malaysia. Kursus ini dirangka khas bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pengalaman Malaysia dalam merancang dan melaksanakan pelbagai dasar di sektor awamnya, di samping menjadi platform untuk saling bertukar pengalaman dan pandangan mengenai peranan sesebuah kerajaan dalam pembangunan awam dan sosio-ekonomi. Antara topik yang dirangkumi termasuklah program dan inisiatif transformasi Malaysia dan perkongsian pengalaman di Malaysia dalam sektor awam seperti infrastruktur, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan, pembangunan perumahan dan pengurusan kewangan. Program latihan ini dilihat sebagai pembuka langkah kepada ruang dan peluang kerjasama antara INTAN dan RANEPA di masa hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy