Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 48 PROGRAM EKSEKUTIF KHAS ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA Program Eksekutif Khas Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia merupakan program eksekutif khas yang melibatkan semua Anggota Pentadbiran yang baharu yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Akhbar (SUA), Setiausaha Politik (SUPOL) dan Pegawai Tugas- tugas Khas. Program yang pertama kali diadakan ini khusus untuk memberi pendedahan mengenai sistem pentadbiran kerajaan dan kaedah pelaksanaannya agar semua Anggota Pentadbiran Negara jelas mengenai segala tugas serta tanggungjawab mereka yang berlandaskan kepada prinsip “rule of law” yang juga berpaksikan kepada elemen “good governance” Kerajaan pada masa kini. INTAN telah menganjurkan Program Eksekutif Khas Untuk Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai konsep, prinsip dan panduan praktikal berkaitan struktur dan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia, integriti, protokol, pengurusan media dan etika dalam perkhidmatan awam. Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 9 Disember 2018 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya yang melibatkan kehadiran peserta dan tetamu jemputan seramai 238 orang. Turut hadir bersama-sama pada program ini adalah YAB Perdana Menteri dan isteri yang hadir bagi memberi amanat khas kepada semua peserta. Turut hadir bersama-sama pada program ini adalah YAB Perdana Menteri dan isteri. Beliau hadir bagi memberi amanat khas kepada semua peserta. Diharapkan agar kursus yang diadakan ini boleh membantu Anggota Pentadbiran untuk mensasarkan impak yang positif dalam tadbir urus negara dan seterusnya mendokong hasrat negara dalam memacu dan melengkapkan inisiatif program reformasi Kerajaan. Semoga apa yang dipelajari akan dibudayakan dalam kementerian masing-masing dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan selaras dengan aspirasi pembangunan negara. YBhg. Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah binti Aziz turut hadir menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan protokal rasmi dan pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan. SPECIAL EXECUTIVE PROGRAMME FOR MEMBERS OF MALAYSIAN ADMINISTRATION GOVERNMENT Special executive programme members for Malaysian administration government is a special programme which involves the new Administration members which consist of the Minister, Deputy Minister, Chief of Staff (SUSK), Press Secretary (SUA), Political Secretary (SUPOL) and Special Officer to Minister. This first time the programme was held was to expose to the new system of the new governments administration and the implementation of Government’s method so that the Members of the Malaysian Administration understand the task and the responsibility based on the princip “rule of law” which stand to the element of “good governance” now. Organized by INTAN on 9 December 2018 at Hotel Marriot Putrajaya the aim of Special Executive Programme Members of Malaysian Administration Government is to improve the understanding of the concept principal, and practical guidance towards the system and administrative structure of the Malaysian government, as well as integrity, protocol, and media ethics management in the public service. This programme is set up with a mandate presented by YAB Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife to 238 participants. To help Members of the Malaysian Administration in focussing the positive impact in governing the country while conducting and completing the initiative of government reformation programme. This programme his hoped that with bring culture to in each ministry while delivering the task in line with the aspiration of development of this country. YBhg. Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah binti Aziz also attended this programme to share with knowledge in official protocol and her experience in governing the country. Sesi Bergambar Peserta Bersama-sama YB Timbalan Perdana Menteri. Ucapan Amanat Khas YAB Perdana Menteri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy