Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 45 Kursus ini diadakan setiap kali selepas barisan Kabinet baharu kerajaan dibentuk atau disebabkan rombakan kabinet. Peserta kursus terdiri daripada isteri kepada barisan Kabinet yang baharu, yang belum pernah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah diasaskan oleh YABhg. Isteri Perdana Menteri semenjak tahun 1982. Walau bagaimanapun, suntikan baharu telah diberi pada setiap kali kursus diadakan bagi memastikan ia kekal relevan dan sesuai dengan peredaran zaman. Walau bagaimanapun, asas kepada topik- topik yang diberikan masih sama bagi memastikan aspirasi sebenar kursus ini dapat dikekalkan. Bagi tahun 2018, kursus ini telah diadakan pada 26 hingga 30 November dan para peserta adalah terdiri daripada ahli-ahli KASIH Malaysia iaitu Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan. Kursus ini diadakan di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara. Majlis Perasmian kursus ini disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, manakala Ucapan Alu- aluan semasa Majlis Perasmian disampaikan oleh YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Pengarah INTAN. Majlis Penutupan juga disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali selaku Pengerusi KASIH Malaysia dan Ucapan Alu-aluan di Majlis Penutupan disampaikan oleh Penghulu Kursus yang telah dilantik pada hari pertama kursus. Kursus ini dihadiri oleh 39 orang peserta termasuk YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang telah menghadiri kursus ini sepenuh masa. Objektif Kursus adalah seperti yang berikut: 1. Meningkatkan ilmu, sahsiah dan kredibiliti isteri Menteri Kerajaan sebagai pemimpin dalam aktiviti wanita 2. Memahami pembaharuan dan perubahan dalam dasar-dasar kerajaan 3. Memahami peranan sebagai isteri menteri yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara serta sebagai sumber motivasi dalam menjaga imej dan mendampingi kerjaya suami 4. Menerap budaya patriotisme, bersih, cekap, amanah, bermaruah dan berintegriti bagi memupuk budaya pekerti terbilang serta beretika tinggi dalam membuat keputusan 5. Memberi pendedahan mengenai tatacara sebagai tuan rumah yang berbudaya, berkualiti, berkemahiran dan berkeyakinan KURSUS GEMILANG SAHSIAH ISTERI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menandatangani buku pelawat INTAN semasa ketibaan, disambut oleh YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Pengarah INTAN dan YBrs. Dr. Mohd Bakhari Ismail, Timbalan Pengarah Kanan INTAN. Para peserta bergambar bersama-sama YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy