Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 43 merangkap Pemangku Presiden PPTD dan Menteri-menteri Kabinet. YAB Perdana Menteri turut menyentuh bahawa perlunya pengasingan kuasa di antara tiga cabang utama sistem demokrasi di negara ini, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Pengasingan kuasa ini dapat memastikan wujudnya check and balance dalam pentadbiran Kerajaan. Dalam sesi interaktif juga, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan agar PTD sentiasa memegang kepada nilai-nilai murni seperti bersih, cekap dan amanah serta berdisplin. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, PTD harus menampilkan nilai-nilai ini agar menjadi teladan kepada pegawai di bawah seliaan mereka. Program dengan tema ‘Way Forward: The Rise of Authentic Leadership’ tersebut menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada PTD bertukar pandangan dan pendapat dengan pemimpin tertinggi negara. Peserta juga berkesempatan untuk mengutarakan soalan dan pandangan melalui aplikasi on-line dan inisiatif ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana sebanyak 207 soalan dan pandangan telah dikemukakan melalui aplikasi tersebut. Antara cadangan yang disuarakan kepada YAB Perdana Menteri adalah agar penggunaan istilah “Saya Yang Menurut Perintah” digantikan kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah” selaras dengan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh para penjawat awam adalah merupakan amanah daripada rakyat. Turut dicadangkan supaya Town Hall YAB Perdana Menteri bersama-sama PTD diadakan secara berkala. Sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Dato’ Suriani Ahmad, Pengarah INTAN selaku moderator. YAB Perdana Menteri memberi jawapan balas kepada soalan yang diajukan pada sesi soal jawab.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy