Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 42 TOWN HALL YAB PERDANA MENTERI BERSAMA-SAMA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) “Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), tentera dan polis perlu setia kepada kerajaan semasa (government of the day) yang dipilih rakyat, tapi kesetiaan itu tidak sampai kepada melakukan jenayah.” Berikut merupakan antara mesej penting Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan dalam program Town Hall YAB Perdana Menteri Bersama-sama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program tersebut berlangsung pada 15 Ogos 2018, Rabu di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermula pukul 10.30 pagi berjaya menghimpunkan seramai 3,700 orang pegawai dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dari seluruh negara. Program anjuran Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Borhan Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy