Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 41 INTAN PUBLIC POLICY MINISTERIAL FORUM SERIES 2018 INTAN Public Policy Ministerial Forum Series 2018 dengan tema Transformation Conversation, Driving Change telah diadakan pada 13 November 2018 dengan menampilkan YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia sebagai speaker yang menyampaikan syarahan bertajuk “Perspektif Strategik Serantau: Ancaman Asimetrik Abad ke-21 Terhadap Pertahanan Negara”. Forum ini telah diadakan di Auditorium, INTAN Bukit Kiara dan dihadiri oleh lebih 300 peserta dari pelbagai Agensi. Pemilihan tema ini bertepatan dengan perkembangan strategi pertahanan dunia dan perkembangan teknologi ketenteraan yang telah mencipta spektrum ancaman baharu yang semakin kompleks. Ancaman asimetrik yang dikategorikan sebagai ancaman keselamatan bukan tradisional adalah ancaman yang lebih mencabar dan sukar untuk ditangani berbanding ancaman keselamatan tradisional kerana pelaku biasanya melibatkan warga negara dari pelbagai negara. Walaupun ancaman asimetrik tidak melibatkan tentera, seringkali penggunaan senjata atau senjata berbahaya yang lebih besar digunakan untuk menyebabkan kekacauan kepada ketenteraman dan keselamatan awam. INTAN PUBLIC POLICY MINISTERIAL FORUM SERIES 2018 INTAN Public Policy Ministerial Forum Series 2018 with the theme ‘Transformation Conversation, Driving Change’ was organised on 13 November 2018 featuring YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Defence, Malaysia who delivered a talk on “Perspektif Strategik Serantau: Ancaman Asimetrik Abad ke 21 Terhadap Pertahanan Negara’. The Forum was held at Auditorium, INTAN Bukit Kiara and attended by 300 participants from various agencies. The selection of the theme was timely as it echoed the development of world defence strategy and military technology which have created increasingly complex new spectrum of threats. Asymmetric threat categorised as unconventional security risk is far more challengging than conventional threat as it usually involves perpetrators from different countries. While asymmetic threat does not include military, the use of explosive devices and advanced weaponry often creates turmoil to public order and safety. Asymmetric threat encompasses all domains such as land, air, maritime and cyberspace. Hence, it is extremely complex to handle than conventional security threat that can be addressed through defence and diplomacy to reduce tensions and increase trust between countries, thus avoid conflicts. Attack on environment and surrounding is a new form asymmetric threat that has led to major destructions and lost of lives. This includes the use biological warfare to destroy forests and chemicals warfare to contaminate central lakes which have been the source of life for local people. Integrated approaches between agencies and between countries are critical in the effort to counter asymmetric threat. In this regard, both firm and soft approaches need to be considered to ensure the root of asymmetric threat is addressed effectively and will not recur. Winning hearts and minds is an effective strategy in curbing asymmetric threats and avoiding bloodshed. Ancaman asimetrik melibatkan semua domain seperti tanah, udara, maritim dan siber atau persekitaran maya. Oleh itu, adalah sangat rumit untuk menangani ancaman asimetrik berbanding dengan ancaman keselamatan tradisional yang boleh dikendalikan melalui pertahanan dan diplomasi untuk mengurangkan ketegangan antara negara dan meningkatkan kepercayaan bagi mencegah konflik daripada berlaku. Serangan kepada persekitaran atau alam sekitar merupakan satu jenis ancaman asimetrik baru ini. Antara contoh serangan kepada alam sekitar adalah penggunaan senjata biologi untuk memusnahkan hutan atau penggunaan bahan kimia untuk mencemarkan tasik-tasik utama yang menjadi sumber kehidupan penduduk tempatan mengakibatkan kemusnahan yang berleluasa dan kehilangan banyak nyawa. Tindakan bersepadu antara agensi dan antara negara amat kritikal dalam usaha menangani ancaman asimetrik. Dalam hal ini, pendekatan secara keras dan lembut adalah perlu agar penyebab utama ancaman asimetrik ini dapat ditangani dengan berkesan dan tidak berulang semula. Pendekatan memenangi hati dan minda adalah satu strategi dalam mengekang ancaman asimetrik dan mencegah pertumpahan darah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy