Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 37 E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®) Pelaksanaan EPSA® sejak tahun 2007 telah memberi impak yang tinggi dalam pembangunan modal insan perkhidmatan awam dengan memantapkan sistem penyampaian latihan sedia ada dengan menambah peluang pembelajaran secara dalam talian. Sehingga 8 November 2018, sebanyak 218,881 orang penjawat awam telah berjaya menamatkan kursus EPSA®. Secara keseluruhan kursus yang ditawarkan adalah sebanyak 262 dalam 29 kategori. Pecahan kursus adalah seperti berikut: Kolaborasi strategik antara INTAN dengan pelbagai agensi Kerajaan telah memberi manfaat dalam pembangunan bahan kursus EPSA®. Antara agensi yang aktif terlibat pada tahun 2018 adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). INTAN telah menjalankan latihan pemindahan kemahiran pembangunan bahan kursus kepada agensi Kerajaan. INTAN telah melaksanakan Program Pembudayaan dan Promosi EPSA® di Agensi Kerajaan untuk menyebar luas penggunaan EPSA® serta menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalangan penjawat awam. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Veterinar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perikanan Malaysia. The implementation of EPSA® since 2007 has highly impacted the development of public service human capital by strengthening the existing training delivery system by increasing online learning opportunities. As of November 8, 2018, a total of 218,881 civil servants had successfully completed the EPSA® course. There were 262 courses offered in 29 categories. The breakdown of the course is as follows: The strategic collaborations between INTAN and various Government agencies have benefited the development of EPSA® course materials. Among the agencies actively involved in 2018 were the Royal Malaysian Police (PDRM), Public Works Department (JKR), Bank Negara Malaysia (BNM) and the Malaysian Institute of Integrity (IIM). INTAN has carried out the transfer of skills training on materials development to Government agencies. INTAN has implemented the EPSA® Enculturation and Promotion Program at Government Agencies to publicise the use of EPSA® and to inculcate lifelong learning culture among civil servants. Among the agencies involved were the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM), the Public Works Department (JKR), the Veterinary Department, the Ministry of Health Malaysia (MOH), the Legal Affairs Division, the Prime Minister’s Department and the Department of Fisheries Malaysia. AGENSI, 111 (42%) LANGGANAN, 45 (17%) INTAN, 106 (41%)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy