Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 28 Setiap Bidang Keutamaan mempunyai Agensi Penyelaras masing-masing yang dilantik bagi menerajui dan menyelaras inisiatif yang akan dilaksanakan. Dalam hubungan ini, JPA telah diberi tanggungjawab sebagai Agensi Penyelaras bagi Bidang Keutamaan D: Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Outcome Nasional yang ditetapkan ialah bagi mencapai perkhidmatan awam yang efisien, efektif dan dinamik. Di bawah Bidang Keutamaan ini terdapat tiga strategi yang perlu dilaksanakan iaitu: Each focus area has an appointed Coordinating Agency to lead and coordinate implementation of the initiatives. JPA has been given the responsibility to oversee focus area D: Strengthening public service delivery. The National Outcome set is to achieve efficient, effective and dynamic public service. These focus areas have three strategies to be implemented: Strategi Perkara D1 D2 D3 Mereformasi perkhidmatan awam Memperkemaskan semula perkhidmatan yang disediakan Memperkasa pihak berkuasa tempatan Sehubungan dengan itu, JPA telah mengambil tindakan untuk memastikan supaya strategi ini dapat dilaksanakan dengan mengenal pasti inisiatif-inisiatif utama di bawah strategi yang berkaitan terutamanya bagi Strategi D1 di mana JPA merupakan Agensi Penyelaras bagi inisiatif- inisiatif ini. Bagi Strategi D2 dan D3, Agensi Penyelaras inisiatif adalah pihak MAMPU dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Agensi Pelaksana bagi setiap strategi dan inisiatif di bawah Bidang Keutamaan D akan melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi yang berkaitan. Di antara inisiatif-inisiatif utama yang dikenalpasti akan dilaksanakan oleh JPA mulai tahun 2019 ialah seperti: i) Merasionalisasi Institusi Sektor Awam menerusi mewajarkan saiz perkhidmatan awam; ii) Menggubal Akta Perkhidmatan Awam; iii) Mengkaji Dasar Latihan Sektor awam dan membangunkan Dasar Pembangunan Sumber Manusia (HRDP); iv) Menerapkan rangka kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) ke dalam perkhidmatan awam; v) Memperoleh bakat terbaik melalui pelantikan secara kontrak sama ada melalui Contract for Service atau Contract of Service; vi) Memperkenalkan model baharu pengurusan prestasi perkhidmatan awam melalui penilaian prestasi yang bersesuaian berdasarkan peranan dan fungsi Kementerian dan Agensi; vii) Memanfaatkan Civil Service IdeaConnect Online web dan mobile platform sepenuhnya; viii) INTAN akan mengukuhkan jalinan kerjasama dengan institusi latihan tempatan dan antarabangsa bagi mempertingkatkan pembangunan modal insan dalam perkhidmatan awam; ix) Mentransformasi Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC) sebagai Kluster Pembelajaran Digital (DLC); x) Mempergiat inisiatif ke arah menambah baik keseimbangan antara kerja dan kehidupan penjawat awam; xi) Mengenalpasti kaedah yang bersesuaian bagi mengukur produktiviti dalam merangka KPI untuk KSU Kementerian, Ketua Jabatan dan Agensi; xii) Mempergiat inisiatif ke arah menambah baik keseimbangan antara kerja dan kehidupan penjawat awam; dan xiii) Memperkemas peranan Institut Latihan Awam (ILA) dengan memberi tumpuan kepada bidang khusus dan fungsi yang berkaitan melalui pemerkasaan Majlis Latihan Sektor Awam (MLSA). Dalam tempoh dua tahun terakhir pelaksanaan KSP merupakan tempoh yang penting bagi melaksanakan setiap strategi yang digariskan. Kerajaan telah meletakkan harapan yang tinggi bagi Perkhidmatan Awam untuk melaksanakan semua inisiatif bagi meletakkan semula negara ke landasan yang betul. Matlamat ini akan dapat dicapai melalui usaha menegakkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam menyediakan perkhidmatan ke arah mencapai matlamat perkhidmatan awam yang efisien, efektif dan dinamik. Peranan JPA sebagai Agensi Penyelaras Bidang Keutamaan adalah signifikan dalam memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang mantap dan berimpak tinggi dapat dicapai melalui pengembelengan tenaga secara bersama dengan Kementerian dan Agensi lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy