Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 25 perubahan iklim dan bencana di samping mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Usaha ke arah pertumbuhan hijau akan terus dipergiat untuk mencapai pembangunan mampan bagi melindungi khazanah semula jadi untuk generasi masa kini dan hadapan. Matlamat ini akan dicapai melalui tiga bidang keutamaan, iaitu memperkukuh tadbir urus, memulihara sumber asli serta menangani perubahan iklim dan mengurangkan risiko bencana. Bidang Keutamaan dan Strategi Struktur tadbir urus yang dipertingkat akan memudah cara peralihan ke arah pertumbuhan hijau dan membolehkan pengurusan sumber yang lebih baik. Oleh itu, usaha untuk memperkukuh tadbir urus alam sekitar melalui strategi utama akan dilaksana dalam tempoh akhir rancangan. Strategi ini termasuk pengukuhan rangka kerja dasar, perundangan dan institusi, peningkatan kapasiti dan keupayaan dalam penguatkuasaan dan pemantauan serta meningkatkan kesedaran dan memupuk tanggungjawab bersama dalam kalangan pihak berkepentingan. Kerajaan akan terus memastikan pemuliharaan dan pengurusan sumber asli yang lebih baik. Pengurusan yang cekap dan penggunaan sumber asli secara mampan akan diberi penekanan dalam memastikan kemampanan alam sekitar dan akses secara berterusan kepada sumber asli oleh generasi masa kini dan masa hadapan. Dalam hal ini, strategi utama akan dilaksana melalui pemuliharaan kawasan terestrial dan air daratan serta pesisir pantai dan marin. Di samping itu, punca pendapatan dan keupayaan orang asli dan masyarakat setempat akan dipertingkat untuk menyokong pemuliharaan sumber asli. Usaha untuk menangani perubahan iklim akan dipergiat melalui pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada sektor utama pelepasan GHG, terutama tenaga, pengangkutan dan sisa. Di samping itu, usaha untuk memanfaatkan nilai ekonomi melalui amalan kecekapan sumber akan dipergiat dengan memperluas pelaksanaan amalan SCP. KPI V: ENHANCING ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY THROUGH GREEN GROWTH Green growth initiatives will be enhanced to ensure sustainability of natural resources and increase resilience to climate change and disasters as well as achieve higher economic growth. Efforts towards green growth will continue to be intensified to protect treasures for present and future generations through sustainable development. This will be achieved through three priority areas, namely strengthening governance, conserving natural resources and addressing climate change and mifigating natural disasters risks. Focus Area and Strategies Improved governance structures will facilitate transition towards green growth and enable better resource management. Therefore, efforts in strengthening environmental governance through key strategies will be implemented in the final stages of the plan. These strategies include strengthening the policy framework, legislation and institutions, capacity building, monitoring and enforcement, raising awareness and inculcating shared responsibility among stakeholders. The Government will continue to ensure better conservation and management of natural resources. Efficient management and sustainable use of natural resources will be emphasised in ensuring environmental sustainability and continuous access to natural resources by present and future generations. In this case, the main strategy will be implemented through the preservation of terrestrial ecosystems and fresh water as well as coastal and marine environment. In addition, the source of income capabilities of indegenous people and local communities will be improved to support the conservation of natural resources. Efforts to address climate change will be intensified through the reduction of greenhouse gas (GHG) emissions, especially energy, transport and waste. In addition, efforts to capitalise on economic value added through resource efficiency practices will be intensified by expanding the implementation of SCP practices. TONGGAK VI: MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI Usaha akan dilaksana untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan produktiviti dan daya saing industri. Pada masa sama, langkah akan dipergiat untuk meningkatkan pembangunan sektor dan membangunkan aktiviti nilai ditambah yang tinggi dengan kandungan yang berintensifkan pengetahuan. Langkah ini disokong oleh tenaga kerja mahir dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan pembinaan. Sementara itu, penyediaan infrastruktur dan utiliti akan terus diperkukuh untuk menyokong serta memudah cara aktiviti ekonomi. Justeru, tiga bidang keutamaan dikenal pasti, iaitu memperkukuh pertumbuhan sektoral dan mereformasi struktur, meningkatkan inovasi dan penerimagunaan teknologi serta menyediakan infrastruktur berkualiti. Bidang Keutamaan dan Strategi Strategi untuk memperkukuh pertumbuhan sektor dan melaksana reformasi struktur termasuk meningkatkan pertumbuhan sektoral, meningkatkan keupayaan eksport dan menambah baik kecekapan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy