Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 23 programme that promotes usage of modern technology and best practices. Strategy to develop resilient and sustainable BEC will be continued to further increase bumiputera participation in the economy. Main measures include enhancing bumiputera marketability in high- income jobs, increasing effective control and sustainability of bumiputera corporate ownership and developing strong SMEs that able to penetrate the global market. In the meantime, a special programme to develop economic potential and eradicate poverty will be implemented for Orang Asli, Natives of Sabah and Bumiputera Sarawak in rural areas as well as selected groups from the Indian and Chinese communities. The people’s well being is the main priority in realising a balanced development approach. Efforts will focus on increasing purchasing power, providing affordable and quality home, strengthening the healthcare system, making the country safe, promoting integrity and promoting active lifestyle. Enforcement in curbing supply and price manipulation will be intensified while affordable goods and services will be made available to overcome rising cost of living. Housing programme will be continued, in providing affordable and quality homes to low and medium income households. TONGGAK III: MENUJU KE ARAH PEMBANGUNAN WILAYAH YANG SEIMBANG Usaha akan digiatkan untuk menangani ketidakseimbangan pembangunan dalam kalangan enam wilayah iaitu Utara, Timur, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan pertumbuhan yang saksama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tumpuan akan diberi bagi meningkatkan aktiviti ekonomi terutama di kawasan kurang membangun dalam negeri dan wilayah serta mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Di samping itu, bandar utama dan kawasan pertumbuhan yang dikenal pasti akan dimanfaatkan untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi. Kerjasama antara negeri akan terus dipertingkat bagi memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Pada masa sama, kerjasama serantau ASEAN akan dipergiat bagi mempercepat dan memudah cara aktiviti ekonomi di kawasan sempadan. Justeru, tiga bidang keutamaan dikenal pasti untuk mencapai pembangunan wilayah yang seimbang, iaitu memperkukuh pembangunan ekonomi wilayah, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta mempercepat pembangunan di Sabah dan Sarawak. Bidang Keutamaan dan Strategi Mempercepat pertumbuhan ekonomi serta menangani ketidakseimbangan antara dan dalam wilayah bagi menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang. Langkah ini termasuk memperkukuh dan memperkemas perancangan pembangunan negeri dan wilayah untuk merangsang pembangunan ekonomi dalam menggalakkan pertumbuhan seimbang. Usaha juga akan dipergiat untuk memoden dan mempelbagai asas ekonomi bagi pertumbuhan ekonomi yang rancak dan dinamik. Di samping itu, bandar utama akan dimanfaatkan sebagai pemangkin bagi menarik pelaburan dan perdagangan serta meningkatkan ketersambungan dengan kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Sementara itu, kerjasama serantau ASEAN akan digiatkan untuk mempercepat dan memudah cara pembangunan ekonomi di zon ekonomi khas serta meningkatkan ketersambungan bagi menggalakkan aktiviti pelancongan dan perdagangan. Infrastruktur luar bandar akan dipertingkat untuk memacu aktiviti sosioekonomi dalam usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Hubung kait antara bandar dan luar bandar juga akan ditambah baik untuk menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih baik dan memperluas perkhidmatan ke kawasan luar bandar. Di samping itu, aktiviti ekonomi setempat di luar bandar akan diwujudkan untuk menjana pendapatan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi masyarakat luar bandar. Pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak akan terus menjadi keutamaan dengan tumpuan diberi kepada pengukuhan pembangunan inklusif dan saksama untuk memberi manfaat kepada rakyat. Usaha berterusan untuk mengembangkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak akan dilaksana dengan memanfaatkan sumber kekayaan dan bidang terpilih melalui pelaksanaan pelbagai strategi. KPI III: TOWARDS A BALANCED REGIONAL DEVELOPMENT Intensified efforts will address imbalanced development in six provinces - the North, East, Central, South, Sabah and Sarawak to promote equitable growth and improve the people’s well being. Focus will be given to boost economic activity, especially less-developed areas and to reduce the gap between urban and rural development. In addition, identified major cities and growth areas will be utilized to accelerate economic growth. Cooperation between states will continue to be enhanced to ensure a balanced regional development. At the same time, ASEAN regional cooperation will be intensified to

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy