Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 22 Constitution. Public finance will continue to be strengthened by enforcing prudent management practices. This priority area will be implemented by enhancing the budget system, improving procurement management and strengthening the performance management framework, monitoring and evaluation. In addition to this, efforts in transforming the public-service for the people will be intensified. TONGGAK II: MEMPERKUKUH PEMBANGUNAN INKLUSIF DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT Pelaksanaan pembangunan inklusif akan diperkukuh bagi meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Berasaskan penekanan kepada pertumbuhan ekuiti, pelaksanaan ini akan menyediakan peluang yang saksama bagi membolehkan rakyat turut serta dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan inklusif. Sementara itu, usaha akan dipergiat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai langkah. Matlamat ini akan dicapai melalui dua bidang keutamaan, iaitu memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama dan meningkatkan kesejahteraan untuk semua. Bidang Keutamaan dan Strategi Peningkatan pendapatan dan kuasa beli isi rumah B40 adalah penting bagi menambah baik kualiti hidup dan daya tahan serta mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan secara keseluruhan. Dalam hal ini, program meningkatkan pendapatan serta penyediaan keperluan asas akan terus diberikan kepada kumpulan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah. Usaha juga akan dipergiat bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan isi rumah B40 untuk menambah baik kebolehpasaran dan produktiviti serta menggalakkan keusahawanan. Inisiatif utama termasuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti pada semua peringkat, menyediakan program pembangunan keusahawanan yang menyeluruh dan bersepadu serta menggalakkan penerima gunaan teknologi moden dan amalan terbaik. Strategi untuk membangunkan BEC yang berdaya tahan dan mampan akan diteruskan bagi meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam ekonomi. Langkah utama termasuk meningkatkan kebolehpasaran Bumiputera dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, meningkatkan kawalan efektif dan kemampanan pemilikan korporat Bumiputera serta membangunkan PKS yang berdaya tahan dan mampu menembusi pasaran global. Sementara itu, program khas akan dilaksana bagi Orang Asli, Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak di kawasan luar bandar dan pedalaman serta kumpulan tertentu dalam kalangan masyarakat India dan Cina untuk membangunkan potensi ekonomi dan membasmi kemiskinan. Kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan tertinggi dalam merealisasi pendekatan pembangunan seimbang. Ke arah ini, usaha akan ditumpu bagi meningkatkan kuasa beli, menyediakan perumahan mampu milik dan berkualiti, memperkukuh sistem penyampaian penjagaan kesihatan, menjadikan negara lebih selamat dan terjamin serta menggalakkan nilai murni dan gaya hidup aktif. Penguatkuasaan bagi membendung manipulasi bekalan dan harga akan dipergiat manakala lebih banyak ruang yang menawarkan barangan dan perkhidmatan pada harga patut akan disediakan bagi menangani peningkatan kos sara hidup. Program perumahan akan diteruskan melalui penyediaan perumahan mampu milik dan berkualiti kepada isi rumah miskin serta berpendapatan rendah dan sederhana. KPI II: STRENGTHENING INCLUSIVE DEVELOPMENT AND PROSPERITY OF THE PEOPLE The implementation of inclusive development will be strengthened to increase prosperity and harmony of Malaysians. Based on the emphasis of equity growth, the implementation will provide fair opportunity for people to participate and benefit from economic growth and inclusive development. At the same time, efforts to intensify and improve well-being of the people will be implemented through various measures with the ultimate goal on strengthening inclusiveness towards equitable society and improving prosperity for all. Focus Area and Strategies Increasing household income and purchasing power of the B40 group are crucial in improving quality of life and resilience and at the same time, reducing income inequality as a whole. As such, programmes such as increasing income and provision of basic necessities will continue to be provided to the poor and low income group. Efforts will also be intensified to increase capacity and capabilities of B40 households to improve their marketability and productivity as well as to encourage entrepreneurship.. Key initiatives include increasing access to education and high quality vocational learning, providing comprehensive and integrated entrepreneurship development

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy