Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 21 Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, Parlimen pada 17 Oktober 2018 yang lalu. YAB PM telah memaklumkan mengenai reformasi menyeluruh untuk memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Perubahan yang signifikan perlu untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat, mengambil kira isu dan cabaran yang dihadapi Kerajaan baharu. Ia terutamanya berkaitan defisit kepercayaan terhadap Kerajaan terdahulu. Terdapat enam (6) tonggak utama bagi menyokong pertumbuhan mapan: The Prime Minister of Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad presented the 11th Malaysia Plan (11MP) mid-term review at the House of Representatives, Parliament on October 17, 2018. The Prime Minister revealed comprehensive reforms to strengthen and improve administrative capacity and governance. A significant change is needed in order to restore the people’s trust and confidence, taking into account issues and challenges the new government is facing. As a result of the declining of trust of the previous government. There are six (6) Key Performance Index (KPI) that support sustainable growth: TONGGAK I: MEREFORMASI TADBIR URUS KE ARAH MENINGKATKAN KETELUSAN DAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN AWAM Satu daripada bidang tumpuan KSP adalah menambah baik tadbir urus serta mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan. Langkah yang tegas dan berkesan akan dilaksana untuk memacu agenda reformasi ke arah memperkukuh mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat bagi mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat. Dalam hal ini, inisiatif yang berkaitan dengan empat bidang keutamaan akan dilaksana iaitu menambah baik tadbir urus pada semua peringkat, meningkatkan integriti dan akauntabiliti, menguatkuasa pengurusan kewangan awam yang berhemat dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Bidang Keutamaan dan Strategi Tadbir urus pada semua peringkat akan ditambah baik melalui penguatkuasaan tegas doktrin pengasingan kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kewangan awam akan terus diperkukuh dengan menguatkuasakan pelaksanaan pengurusan secara berhemat. Bidang keutamaan ini akan dilaksana dengan mempertingkat sistem belanjawan, menambah baik pengurusan perolehan serta memperkukuh rangka kerja pengurusan prestasi, pemantauan dan penilaian. Di samping itu, usaha ke arah mentransformasi perkhidmatan awam yang lebih berpaksikan rakyat akan dipergiat. KPI 1: GOVERNANCE REFORMATION TOWARDS TRANSPARENCY AND PUBLIC SERVICE EFFICIENCY One of KSP’s focus area is improving governance, accountability and transparency in government administration. Stringe and effective measures will be taken to drive the reform agenda in strengthening the check and balance mechanism at all levels in order to restore trust and confidence of the people. In this regard, there are four priority areas to be implemented, namely improving governance at all levels, enhancing integrity and accountability, strengthening prudent public financial management and strengthening public service delivery. Focus Area and Strategies Governance at all levels will be enhanced with stringent enforcement of the doctrines of separation of power between executive, legislative and judicial as stated in the Federal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy