Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 19 PIAGAM PELANGGAN JPA CLIENT’S CHARTER Kami berjanji : Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien. Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan Pengurusan. Memberi konsultansi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima. Memastikan urusan hal ehwal perkhidmatan - pelantikan secara kontrak, pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran tetap, perakuan kenaikan pangkat/ tatatertib (penentuan Pengerusi) diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dan urusan pemangkuan bagi pegawai-pegawai Gunasama dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemakluman/ iklan dikeluarkan. Menguruskan sesi libat urus di peringkat kebangsaan melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan bersama Kepimpinan Persatuan/ Kesatuan Sekerja Sektor Awam 1 kali setahun. Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.5 pada skala 1-7 daripada penilaian mereka di ITIMS. Memastikan tahap ketersediaan aplikasi maklumat sumber manusia, tahap ketepatan data penjawat awam sekurang- kurangnya 95% dan tahap ketersediaan capaian portal JPA sekurang-kurangnya 97%. Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. Memastikan fail permohonan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada telah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira. Semua aduan yang diterima diberi Akuan Penerimaan dalam masa 1 hari bekerja dan dikemukakan maklum balas dalam masa 7 hari bekerja. We promise to : provide individual counseling service to public officers within three (3) working days from the day of application acceptance, subject to client’s assent. execute sponsorship offers within 14 days of management approval. provide strategic consultation on organisational restructuring and post consolidation within four (4) weeks from the date of application. ensure all service matters (contract appointments, temporary exchanges, secondment and permanent exchanges, promotion/ disciplinary actions (as determined by the Chairperson) are executed and resolved within one (1) month and acting appointments for common user officers are exercised within two (2) months from the date of notifications/notice issued. organise a national-level joint engagement sessions through the National Joint Council (MBK) and the Leaders of Public-Sector Workers’ Associations / Unions at least once a year. ensure that at least 80% of courses/trainings in INTAN; give positive impacts on participants based on ITIMS evaluations average rating score of 5.5 on a scale of 1 - 7. ensure readiness level of human resource information applications and accuracy level of the Public Officers data is at least 95% and the readiness level of JPA portal access is at least 97%. ensure that at least 95% of claims and bill payments are paid within 7 days from the date of receipt of complete documents. ensure the completed Pension Status Provision (PTB) application is processed and approved within 21 days from the date of receipt subject to not less than three (3) years of service. all complaints acknowledgement receipt is within 1 working day and feedback within 7 working days. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy