Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 153 PENUTUP Hasil keputusan kajian audit nilai tahun 2017 (81.23) secara keseluruhan dari segi Indeks Komposit meningkat dan lebih baik jika Penemuan hasil kajian berdasarkan dimensi yang dikaji menunjukkan skor semua indeks meningkat berbanding tahun 2016. Ini menunjukkan semua inisiatif yang dilaksanakan dalam mempertingkatkan tahap penghayatan nilai murni dalam kalangan warga telah membantu meningkatlkan skor komposit dan skor setiap indeks yang dinilai. ULASAN DAN CADANGAN PROGRAM Cadangan Mempertingkatkan Nilai Ideal • Memberi peringatan secara pop-up di skrin komputer warga pada sela masa yang bersesuaian. Contoh: “Shopping online masa bekerja? Salah!”, “Do’s & Dont’s Semasa Waktu Bekerja” • Memperbanyak ceramah dan pameran berkaitan oleh SPRM, IIM dan lain-lain.. Contoh: Integriti Dalam Pekerjaan • Melancarkan kempen diperingkat PERKHIDMATAN AWAM dengan tema yang lebih menarik. Contoh: Good Working Ethics, • Mengedarkan Buku Kecil kod etika PERKHIDMATAN AWAM kepada warga (saiz mini) Cadangan Mempertingkatkan Nilai Organisasi • Penggunaan masa yang efisien • Persekitaran tempat kerja yang kondusif • Perkongsian dan hebahan maklumat • Sikap berfikiran terbuka • Penyelarasan tugasan Cadangan Mempertingkatkan Nilai Peribadi • Memupuk sikap kepimpinan kendiri dalam kalangan pegawai awam melalui penganjuran program-program kepimpinan diri yang lebih efektif dan konklusif. • Menyediakan platform libat urus secara langsung, santai dan berterusan yang membolehkan warga PERKHIDMATAN AWAM menyampaikan aspirasi, cadangan atau idea bagi tujuan penambahbaikan organisasi. Cadangan Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kepada Pelanggan • Mempertingkatkan kesedaran nilai tersebut dicadangkan agar penekanan diberikan kepada tahap motivasi bekerja warga PERKHIDMATAN AWAM yang melayan pelanggan. • Mengurangkan bilangan aduan tersebut adalah dengan memperkasakan penyampaian perkhidmatan di kaunter selaras dengan inisiatif 1Serve PERKHIDMATAN AWAM yang menekankan kepada mutu perkhidmatan frontliners yang berkualiti dan cemerlang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy