Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 113 KEJOHANAN SUKAN INTEGRASI MAKSWIP 2018 Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) adalah merupakan kelab gabungan kelab-kelab sukan Agensi-Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Tahun ini, MAKSWIP telah menganjurkan Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP 2018 pada 14 hingga 16 Disember 2018 di Kangar, Perlis. Terdapat 3 acara dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Tampar Pantai Lelaki dan Wanita dan Bola Jaring 5 Sepasukan. Kejohanan ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Yang Dipertua MAKSWIP serta YB Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, KELAB JPA JPA’S CLUB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP 2018 pada 14 Disember 2018 bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Kejohanan ini melibatkan penyertaan seramai 2,455 peserta daripada seluruh Ahli Gabungan MAKSWIP. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAKSAK Negeri Perlis yang banyak membantu dalam pelbagai aspek termasuk persediaan venue kejohanan bagi merealisasikan kejohanan ini. Tidak dilupakan juga para pengadil bola sepak, bola tampar pantai dan bola jaring serta seluruh jawatankuasa kejohanan yang sudi bekerjasama dalam memastikan kelancaran kejohanan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy