Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 110 HRMIS CARE Program HRMIS Care merupakan salah satu program Inisiatif Transformasi BPMS Tahun 2018. Program ini berbentuk aktiviti turun padang yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA untuk melihat pelaksanaan HRMIS di agensi- agensi Kerajaan serta mempromosikan HRMIS pada penjawat bagi tujuan meningkatkan penggunaan HRMIS di kalangan penjawat awam. Program ini memberi peluang kepada pihak JPA untuk melihat dengan lebih dekat kejayaan dan kekangan pelaksanaan HRMIS di agensi-agensi Kerajaan. Di samping itu, pihak JPA dapat menjalankan aktiviti pemantauan ke agensi-agensi Kerajaan dan menangani permasalahan HRMIS secara bersemuka (hands on). Selain daripada menyelesaikan masalah, program ini turut memberi ruang kepada pihak JPA dan agensi Kerajaan yang dilawati untuk berkongsi idea dan cadangan penambahbaikan HRMIS. Segala cadangan dan pandangan yang diterima akan dipertimbangkan untuk ditambah baik dalam HRMIS. Program ini juga merupakan satu bentuk aktiviti untuk JPA merakyatkan perkhidmatan awam. Sebanyak 9 buah Agensi Kerajaan yang telah terlibat. Agensi-agensi tersebut ialah: • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA); • Hospital Sungai Buloh; • Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA); • Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah; • Jabatan Perhutanan Negeri Kedah; • Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah; • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda; • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Kedah; dan • Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah Sistem penyampaian Perkhidmatan Awam sedang bergerak ke arah landskap yang baharu selaras dengan perubahan globalisasi deras yang secara langsung mencetuskan harapan baru daripada rakyat. Pada ketika ini BPMS dalam peringkat perancangan untuk membangunkan sistem maklumat pengurusan sumber manusia baharu. Kajian To-Be merupakan Fasa 2 yang dijalankan oleh BPMS bagi mengumpul data, menganalisis data serta mereka bentuk sistem baharu. Pada 1 dan 2 Oktober 2018 bertempat di Dewan Siantan 2, Kompleks Perbadanan Putrajaya, BPMS telah menganjurkan Bengkel HRMIS User Group (HUGS) bagi mendapatkan input-input dan fungsi-fungsi yang diperlukan dalam sistem maklumat pengurusan sumber manusia yang baharu daripada wakil Kementerian, Jabatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bengkel selama dua (2) hari ini mengguna pakai teknik Design Thinking yang menekankan 4 aspek utama iaitu empati, kerjasama, pembelajaran pantas dan penggambaran (visualization). Seramai 154 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbir HRMIS daripada 71 buah agensi Kerajaan telah hadir dan secara aktifnya terlibat dalam memberi aktiviti yang telah dijalankan. Bengkel yang dijalankan dengan penuh semangat dan berwarna-warni ini berjaya mengupas idea berkenaan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy