Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018
JPA | 108 #HRMISgoCO Inisiatif #HRMISgoCO merupakan inisiatif transformasi JPA tahun 2018 yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan HRMIS di kalangan penjawat awam. Melalui penggunaan HRMIS yang menyeluruh di kalangan penjawat awam, data-data yang berintegriti dapat diperoleh dan digunakan dalam pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Pasukan pengurusan perubahan di Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS) di JPA telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan inisiatif tersebut. Pelaksanaan inisiatif #HRMISgoCO lebih tertumpu kepada pemilik-pemilik kompetensi di mana program-program yang dijalankan memfokuskan kepada peningkatan kesedaran dan pengetahuan penjawat awam terhadap HRMIS. Antara aktiviti yang terkandung dalam inisiatif #HRMISgoCO ialah Program Sharing HRMIS Application Knowledge And Experience (SHARE), Program HRMIS Care, Program HRMIS User Group Summit (HUGS), Program Implementation Status (ImStat) dan aktiviti promosi HRMIS melalui media cetak, media elektronik serta media sosial. Program Sharing HRMIS Application Knowledge and Experience atau lebih dikenali sebagai SHARE adalah program yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 dan diteruskan pada tahun 2018. Buat julung kalinya, Program SHARE – HRMIS pada tahun ini bukan sahaja memfokuskan kepada pengurus sember manusia dan pentadbir HRMIS agensi, malah mula memperluaskan latihan kepada Pemilik Kompetensi (CO) di agensi. Pada kali ini, CO telah dijemput sebagai peserta dengan sasaran bagi meningkatkan penggunaan HRMIS di kalangan CO di samping memberi pengenalan dan kesedaran mengenai sistem tersebut kepada perkhidmatan awam. Modul-modul yang difokuskan kepada CO ialah seperti berikut: Selain itu, program ini juga memuatkan slot khas iaitu Taklimat Kepentingan HRMIS kepada Penjawat Awam dan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) dalam setiap siri program yang dilaksanakan. Slot bagi SPMB merupakan sesi taklimat dan juga hands-on sistem tersebut yang mula digunakan sepenuhnya mulai 1 Jun 2018 yang lalu. SPMB merupakan satu inisiatif baharu JPA di dalam memberikan kemudahan menguruskan aduan ICT secara cekap dan telus. Sepanjang tahun 2018, sebanyak 12 siri program telah dilaksanakan dengan butiran seperti di bawah: #HRMISgoCO #HRMISgoCO is a JPA transformation initiative for the year of 2018 that is geared to increase the usage of HRMIS among the civil servants. Integrity datas could be obtained by thourough usage of the HRIMIS by civil servants and could be used in the development and management of human resource. The change management team in the Deparment of Development and Strategic Information Management (BPMS) in JPA is entrusted with the responsibility to ensure the success of the initiative. The implementation of #HRMISgoCO initiative focuses more on the owners of competencies where programs are held to focus on increasing the awareness and knowledge of the civil servants towards HRMIS. Among activities contained in the #HRMISgoCO initiative is the Sharing HRMIS Application Knowledge And Experience (SHARE) Programme, HRMIS Care Programme, HRMIS User Group Summit Programme (HUGS), Implementation Status Programme (ImStat) and HRMIS promotional activities via print media, electronic media and social media. Sharing HRMIS Application Knowledge and Experience Programme or better known as SHARE is a program that was implemented on the year 2017 and continued to the year 2018. For the first time, SHARE Programme - HRMIS this year had not only focused on the management of human resource and the administrator of HRMIS agency, it had also extended training to Competencies Owner (CO) in agency. This time, CO had been invited as participants with the aim of increasing the usage of HRMIS amongst CO as well as to provide introduction and awareness of the system to the public service. Aside from that, this program also includes a special slot that is the briefing sessions on the Importance of HRMIS to Civil Servants and Help Desk Management System (SPMB) in each series of the program held. The slot for SPMB is a briefing session and also a hands-on system that was first used comprehensively beginning on the last 1 Jun 2018. SPMB is a new JPA initiative in providing ICT complaints management faciility efficiently and transparently. Throughout the year 2018, a total of 12 series of program had been held/ implemented with the following details: Penamatan Perkhidmatan Pengurusan Tuntutan & Pendahuluan Diri Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Pengurusan Perubatan (eGL) Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengurusan Cuti Perisytiharan Harta Rekod Peribadi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy