Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

JPA | 10 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia KeSebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Natijah penegasan ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai PENERAJU PEMBAHARUAN PENGGERAK PERUBAHAN pengurusan dan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam telah menggerakkan agenda reformasi untuk membangunkan kepimpinan yang “agile” dan “holocracy”, modal insan yang “mobile”, “multi-tasking”, ”multi-talented” dan kreatif, organisasi yang digital, “hybrid” dan kendiri, budaya kerja yang berfokuskan pelanggan, fleksibel, berinovasi dan terbuka serta penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan profesional. Melalui kerangka agenda reformasi ini adalah diharapkan perkhidmatan awam akan menjadi sebuah entiti yang bersatu dan boleh dipercayai untuk menyampai dan menzahirkan agenda nasional Kerajaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan merakamkan penghargaan khususnya pada mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-22, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman dan juga seluruh warga JPA atas segala usaha serta komitmen yang telah diberikan pada sepanjang tahun 2018 dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Keberhasilan komitmen yang cemerlang ini diabadikan dalam Laporan Tahunan JPA 2018 sebagai wadah tatapan The Public Service Department (JPA) as the LEADER OF CHANGE has managed to develop the public service human resource and activated the reformation agenda to enhance its leadership to be more agile and holocratic and at the same time developing mobile, multi-tasking, multi-talented, creative, digitised and self-managed organisation focusing on customers and flexible and open work culture. Through the reformation agenda, it is hoped that the civil service will become united and responsible in communication and realising the national agenda. I would like to extend my gratitude and my appreciation to the former 22nd Public Service Director-General, YBhg Tan Sri Zainal Rahim Seman and all JPA staff for their efforts and commitments in providing the best for the people and the country in 2018. This success is reflected in this 2018 report. May this be an inspiration towards higher achievements in the future. SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Director General Public Service Department

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy