Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

91 PROGRAM HARI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (K-KOMM) Tahun 2022 Tarikh : 27 Oktober 2022 Tempat : Dewan B1, K-KOMM Tema sambutan Hari Psikologi pada tahun ini adalah “Mendepani Endemik: Kesihatan Jiwa Bukan Sekadar Retorik ” yang mengangkat kepentingan kesihatan mental dan jiwa sebagai elemen penting dalam negara selepas memasuki fasa endemik kerana elemen ini berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada pembangunan sahsiah, kesejahteraan diri, organisasi dan masyarakat sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara. Dalam program ini, segala isu mengenai pengurusan kesihatan mental dan jiwa dikupas dengan lebih mendalam demi mencapai kefungsian diri di tahap yang optimum. Selain itu, topik ini merungkai mengenai ilmu-ilmu yang berguna dalam mendidik masyarakat supaya bijak mengurus kesihatan mental dan jiwa dengan efektif agar menjadi satu asas penting dalam pembentukan masyarakat yang berkualiti dan harmoni. Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan oleh AKRAB K-KOMM dengan kerjasama Pusat Kesihatan Putrajaya Presint 9 juga menjadi tumpuan peserta-peserta dalam meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga kesihatan dan menjalani cara hidup yang sihat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy