83 KURSUS SMART PERSONNEL SIRI 1/2022: CHARACTER ENHANCEMENT Kursus Smart Personnel: Character Enhancement Kementerian Pertahanan Tahun 2022 telah dilaksanakan di Raia Hotel, Alor Setar, Kedah pada 23 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022. Penceramah yang terlibat dalam Program ini adalah Encik Mohd Zaidi Bin Awang Kechik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Fasilitator yang terlibat dalam kalangan Ahli AKRAB iaitu Puan Melor Binti Othman dari Stesen Komunikasi Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) Sitiawan, Perak, Encik Muhammad Fajarin Bin Muarnis dan Puan Deena Laskhmy Thanpal. Antara pengisian aktiviti yang dilaksanakan semasa program adalah focus group discussion, aktiviti psikopendidikan meliputi aktivtiti aktiviti seni lukis, kelompok bimbingan, teknik analisa diri dan ujian personaliti. PROGRAM PASCA AKRAB: RECHARGE SYNERGY RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) ZON TENGAH Program ini diadakan bertujuan memantapkan semangat sukarelawan dan menolong dalam kalangan ahli AKRAB sebagai agen pembimbing rakan sekerja Kementerian Pertahanan. Penceramah jemputan program Encik Mohd Zaidi Bin Awang Kechik, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang dan Fasilitator Jemputan Encik Ahmad Hafiz Bin Ahmad Humaidi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang. Majlis penutupan majlis telah disempurnakan oleh Puan Juwairiyah Binti Jaafar, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Pertahanan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy