60 Cadangan Penambahbaikan Program AKRAB Program AKRAB perlu diperluaskan kepada warga KLN dengan mengenal pasti aktiviti yang menepati keperluan warga kementerian yang bersifat relevan dan terkini dengan arus semasa. Selain itu, mempelbagaikan pengiktirafan ahli AKRAB melalui kursus di dalam mahupun di luar negara. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian / Jabatan / Agensi Secara keseluruhannya AKRAB KLN telah berjaya melaksanakan beberapa program dan aktiviti dengan jayanya sepanjang tahun 2022. Namun, terdapat beberapa program yang dirancang mengikut Takwim 2022 yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab kekangan peruntukan. Pihak penyelaras akan membuat perancangan yang lebih khusus bagi menyesuaikan keadaan semasa pada masa akan datang bagi meningkatkan potensi dan kemahiran ahli AKRAB di Kementerian Luar Negeri.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy