1 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Bahagian Pengurusan Psikologi telah dapat menyelaras Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awan (AKRAB) Tahun 2022. Laporan ini merupakan koleksi aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 oleh ahli-ahli AKRAB di kementerian, jabatan, SUK dan agensi. Tujuan laporan ini dihasilkan, adalah untuk memantau aktiviti-aktiviti AKRAB yang dijalankan di kementerian, jabatan, SUK dan agensi sepanjang tahun 2022. Dengan adanya pemantauan ini, pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat diselaraskan. Pada keseluruhannya kementerian, jabatan, SUK dan agensi telah menunjukkan penglibatan yang aktif dalam AKRAB. Justeru, ahli-ahli AKRAB perlu menghayati roh dan falsafah asas AKRAB iaitu membina modal insan melalui pengamalan budaya bantu-membantu dengan berteraskan semangat setiakawan bagi melahirkan lebih ramai penjawat awam yang berprestasi tinggi. Setiap ahli AKRAB diharapkan dapat memainkan peranan yang aktif dalam membantu mencipta suasana tempat kerja kondusif dan harmoni serta dikenali dan dirasai oleh warga organisasi di mana mereka bertugas. Bagi memastikan kecemerlangan Rakan Pembimbing dalam membantu jabatan dan pihak kerajaan khususnya dalam agenda transformasi dasar-dasar kerajaan, adalah diharapkan agar Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi dan ahli-ahli Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) khususnya ahli AKRAB dapat berganding bahu memainkan peranan secara proaktif. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua ahli AKRAB sekalian. Salam Hormat. YBHG. DATO’ PAUZAN BIN AHMAR
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy