Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

258 13. Pengiktirafan c. TH akan memberi pengiktirafan secara tahunan kepada ahli AKRAB yang menunjukkan komitmen yang baik. d. Ia adalah galakan kepada ahli AKRAB untuk memberi perkhidmatan bimbingan kepada anggota yang memerlukan bantuan. 14.Pembudayaan kemahiran dan pengetahuan berkaitan perkhidmatan bimbingan e. Latihan pengukuhan akan dilaksanakan secara berkala melalui pelbagai medium supaya ahli akan sentiasa bersedia dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai dalam mengendalikan sesi bimbingan. ULASAN KESELURUHAN Program Rakan Pembimbing (AKRAB) merupakan satu inisiatif yang berkesan bagi membantu anggota yang memerlukan bantuan. Ia diibarat pengantara di antara anggota dengan pihak pengurusan tertinggi. Sebarang permasalahan yang timbul boleh disalurkan dengan cara yang paling berkesan kepada pihak yang berkenaan. Pelbagai inisiatif yang dijalankan diharapkan dapat memberi impak positif kepada diri ahli dan seterusnya kepada kualiti perkhidmatan organisasi kepada masyarakat. Ia selari dengan hasrat kepimpinan TH iaitu ke arah A Respected Islamic Institution For Its Performance & Governance.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy