Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

256 10.Program Pemantapan Psychological First Aid (PFA) AKRAB TH a. Sebagai persiapan awal, sesi ini diadakan untuk memastikan kesiapsiagaan AKRAB TH dalam menghadapi keadaan kecemasan/bencana pada masa akan datang. b. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr Naniyati Binti Shuib, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam seperti poster di bawah. 11.Program Sambutan Bulan Kaunseling – Keluarga Sejahtera 11.1 Program Sambutan Bulan Kaunseling TH adalah acara tahunan yang dilaksanakan sejak tahun 2019 selari dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan. Platform ini digunakan untuk memberi pendedahan kepada perkhidmatan menolong daripada Rakan Pembimbing (AKRAB) sebagai salah satu sistem sokongan kepada warga TH di seluruh negara. 11.2 Aktiviti-aktiviti AKRAB sepanjang Bulan Kaunseling TH 2022. 11.2.1 Apa Kata Pakar (AKP) – Berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman berkaitan kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi. 11.2.3 Kapsul Motivasi Diri – Berkongsi maklumat, tips dan ilmu berkaitan motivasi dan psikologi. 11.2.5 Kaunselor Dekati Anda – Salah satu inisiatif kaunselor untuk mendekati warga TH yang berkaitan (merujuk kepada keputusan ujian psikologi).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy