Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

254 7. Penambahan ahli Rakan Pembimbing (AKRAB) TH a. Memandangkan peranan ahli AKRAB semakin diperlukan dalam memberi sokongan dan bimbingan kepada anggota, pihak Pengurusan telah bersetuju untuk membuat penambahan ahli AKRAB. b. Antara faktor lain kepada penambahan ahli Rakan Pembimbing (AKRAB) TH adalah kerana jumlah AKRAB semakin berkurangan disebabkan oleh persaraan. c. Permohonan telah dibuka kepada semua anggota yang berminat dengan mematuhi panduan pemilihan berdasarkan kriteria yang tertentu. d. Calon-calon yang telah disokong oleh ketua pejabat telah menduduki Ujian Psikometrik iaitu Inventori Personaliti (IP) yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPsi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). e. Kursus Pra AKRAB Tahap 1 dijangkakan perlaksanaannya pada Januari 2023 yang juga akan dikendalikan oleh BPPsi, JPA. 8. Bicara AKRAB TH a. Penganjuran program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada AKRAB untuk berkongsi isu-isu yang berkaitan kesejahteraan psikologi berdasarkan kepada pengalaman diri sendiri. b. Pelaksanaan program ini pada tahun ini adalah berbeza daripada pelaksanaan pada 2021 yang mana pada tahun lepas AKRAB hanya bertindak sebagai pemudah cara bagi program tersebut. c. Pelaksanaan program ini adalah secara sukuan dan pembentang adalah secara sukarela dalam kalangan AKRAB. Poster program adalah seperti di bawah :

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy