Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

252 LAPORAN JUMLAH SESI BIMBINGAN KAUNSELING 5. Berikut adalah laporan ringkas statistik sesi bimbingan Kaunseling AKRAB bagi tahun 2022 : PERKARA KESIHATAN KEWANGAN DISIPLIN KERJAYA JUMLAH LELAKI 1 0 0 4 5 PEREMPUAN 0 0 0 0 0 JUMLAH 1 0 0 4 5 LAPORAN PROGRAM AKRAB 6. Penglibatan Ahli AKRAB TH dalam Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) dan Tanah Air (OHTA). a. Operasi haji merupakan tanggungjawab tahunan TH dalam menguruskan pelaksanaan Jemaah Haji (JH) Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji sama ada melibatkan pengurusan di tanah air mahupun di tanah suci. Perkhidmatan yang disediakan oleh TH kepada JH adalah daripada pelbagai sudut dan tidak ketinggalan adalah dalam memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Justeru, AKRAB TH telah diberi peluang untuk menyumbang kemahiran dan pengetahuan dalam menyantuni JH daripada aspek psikologi bagi memastikan ibadah haji yang dilaksanakan adalah yang terbaik dan diterima oleh Nya. b. Bermula 2017 dan sehingga kini, ahli AKRAB secara bergilir-gilir akan bertugas sebagai Petugas Kaunseling bagi OHTS. Berikut adalah contoh carta organisasi Unit Perkhidmatan Kaunseling OHTS. Individu yang ditandakan dengan kotak merah adalah AKRAB TH yang diberikan peluang untuk bertugas sebagai Petugas Kaunseling.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy